web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Terus Meningkat, Kelantan Buka Hospital Medan, Tambah PKRC

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 8:14PM

Dr Izani Husin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Sebuah hospital medan akan dibuka dalam masa terdekat di Kelantan susulan peningkatan kes COVID-19 sejak beberapa minggu lalu.

Serentak dengan itu, satu lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) juga akan dibuka di Kelantan Trade Centre (KTC).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, kedua-dua pusat itu mampu memuatkan 1,000 pesakit pada satu-satu masa.

Menurut beliau, kes di Kelantan semakin bertambah dan pembukaan hospital medan serta PKRC itu hanya mampu bertahan buat beberapa hari sahaja, jika tidak berlaku sebarang penurunan.

“Kita terpaksa membuka hospital medan dan ia menunjukkan keadaan di Kelantan semakin kritikal.

"Fasiliti di Kelantan membabitkan peralatan hospital dan PKRC sudah hampir penuh, malah kapasiti di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga hampir mencecah 100 peratus, sehingga ada pesakit terpaksa ditempatkan di wad biasa,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim hari ini.

Dr Izani menarik perhatian, peralatan ventilator yang berjumlah 60 unit kini hanya berbaki lima sahaja lagi dan senario itu amat membimbangkan.

“Kelantan akan berdepan banyak masalah jika jangkitan COVID-19 terus meningkat dan ia akan memaksa pembukaan lebih banyak PKRC, sekali gus memberi kesan kepada penggunaan tenaga kerja Jabatan Kesihatan negeri.

"Pada masa ini, Kelantan terpaksa memohon bantuan daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari negeri lain.

"Bagi menampung keperluan pesakit COVID-19, Hospital Machang akan dijadikan sebagai hospital COVID-19 seperti Hospital Tumpat, bagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah," katanya.

Dr Izani berkata, mesyuarat yang berlangsung selama lebih satu jam itu turut membabitkan perbincangan antara pihaknya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mendapatkan anggaran kos hospital medan.

Selaras dengan itu katanya, Jabatan Kesihatan Negeri akan turun padang bagi meninjau lokasi yang dicadangkan itu. – Getaran, 3 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar