web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Vaksin AstraZeneca Secara Sukarela Akan Diperluaskan - Khairy

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 5:19PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program pelaksanaan suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) COVID-19 secara sukarela akan diperluaskan setelah kesemua semua 268,000 slot temu janji telah dipenuhi hanya dalam tempoh tiga jam, semalam.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata di bawah pelaksanaan program vaksinasi kedua vaksin berkenaan kelak, kerajaan akan menangani masalah individu yang tidak mempunyai akses Internet dan bekalan pengagihan vaksin.

“Demi perancangan masa depan program AstraZeneca (sukarela)… Kami akan menghubungi klinik komuniti supaya kami dapat (terus) menawarkan (vaksin) secara sukarela,” katanya pada sidang media mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini, hari ini.

Menurut Khairy, Malaysia akan mempunyai bekalan vaksin AZ yang mencukupi apabila sebanyak 1.1 juta dos vaksin dijadualkan tiba dari kemudahan COVAX pada Mei ini dan pada Jun sebanyak 610, 000 dos akan diperoleh dari syarikat farmaseutikal AstraZeneca sendiri.

Pada Julai sebanyak 410, 000 dos akan diterima manakala sebanyak 1.2 juta dos akan tiba pada Ogos dan September, nanti.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan memutuskan jarak masa untuk AZ esok berdasarkan keberkesanan, logistik dan peningkatan kes.

Diminta mengulas mengenai keputusan Sarawak untuk tidak menerima vaksin AZ ke negeri itu, Khairy berkata beliau berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut setelah melihat sambutan menggalakkan dan keyakinan orang ramai terhadap vaksin tersebut.

“Semalam, kita tengok keyakinan (orang ramai) terhadap AZ sangat baik sekali. Terpulang kepada kerajaan Sarawak, sekiranya mereka buat keputusan untuk terima AZ selepas berasa yakin, saya terbuka untuk buka (permohonan) di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata JKJAV membuat keputusan untuk meneruskan program temu janji secara sukarela vaksin berkenaan setelah mempertimbangkan mengenai keraguan orang ramai terhadap suntikan vaksin tertentu sebelum ini.

Katanya, sebelum ini, seramai 8,000 telah membatalkan pendaftaran vaksin mereka menerusi aplikasi MySejahtera, setelah Malaysia mengumumkan akan meneruskan pemberian vaksin AZ dalam Program Imunisasi Kebangsaan.

Katanya, kira-kira 80 peratus individu yang membatalkan pendaftaran mereka, telah mendaftar semula di bawah program berkenaan setelah suntikan vaksin AZ diperkenalkan secara sukarela. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad