web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Keistimewaan Tunai Haji Kepada Sesiapa, ‘Setiap Jemaah Harus Tunggu Giliran’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 9:06AM

Sistem itu sudah bermula sejak tahun 1995, iaitu selepas penetapan kuota rasmi setiap negara dikuat kuasa sepenuhnya kerajaan Arab Saudi. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) tidak memberi keistimewaan kepada mana-mana pihak, termasuk pesara tentera, polis atau penjawat awam dalam pemilihan bakal jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia sejajar sistem penggiliran ditetapkan TH, bahawa setiap jemaah harus menunggu giliran masing-masing.

Katanya, sistem itu sudah bermula sejak tahun 1995, iaitu selepas penetapan kuota rasmi setiap negara dikuat kuasa sepenuhnya kerajaan Arab Saudi.

“TH mengamalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep yang mendaftar dahulu didahulukan.

“Melalui sistem pendaftaran haji ini, pemilihan bakal haji untuk menunaikan fardhu haji setiap tahun adalah berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji mereka.

“Tawaran untuk menunaikan haji ke Tanah Suci akan dibuat kepada mereka yang sudah tiba giliran pada tahun semasa, justeru TH tidak memperuntukkan kuota khusus kepada mana-mana kumpulan atau pihak tertentu,” katanya menerusi sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor berhubung adakah sebarang perancangan untuk memberikan penambahan kuota haji Muassasah atau keutamaan kepada veteran ATM yang ingin mengerjakan haji.

Terdahulu, pada 10 Januari lalu, Getaran melaporkan, kuota haji diterima Malaysia tahun ini, kembali kepada asal, iaitu 31,600 jemaah, berbanding 14,306 tahun lalu.

Mohd Na’im berkata, kelulusan tersebut diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat sempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 anjuran kerajaan negara itu pada 9 Januari.

Kuota 14,306 kuota haji atau 45 peratus daripada kuota tahunan biasa ditetapkan kerajaan Arab Saudi untuk jemaah Malaysia terbabit, susulan penetapan negara berkenaan ketika itu bagi membenarkan hanya sejuta jemaah haji untuk musim terbabit.

Pada Isnin lalu pula, beliau berkata, Malaysia menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 tahun hadapan, selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.

Hasrat itu disampaikan dalam pertemuan bersama Dr Tawfiq Fawzan sempena lawatan kerja pemimpin terbabit selama tiga hari ke Malaysia bermula 26 Februari lalu. – Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyerahan Semula Aset TH Bukti Komitmen Kerajaan - Dr Mohd Na'im

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasat Betul-Betul Agar Badal Haji Tak Jadi ‘Bedal Haji’

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan