web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasat Betul-Betul Agar Badal Haji Tak Jadi ‘Bedal Haji’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 1:12PM

Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta orang ramai supaya merujuk kepada senarai PJH dilesenkan dalam laman sesawang TH untuk mendapatkan perkhidmatan badal haji yang sah - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar sentiasa waspada dan menyiasat terlebih syarikat atau individu yang menawarkan perkhidmatan badal haji tidak dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah itu penting berikutan kes sedemikian sudah banyak kali berlaku dan TH juga sentiasa mengingatkan orang ramai mengenainya.

“Al-Quran dan hadis juga mengajar kita supaya menyiasat betul-betul mengenai suatu perkara. Kita sentiasa memberi peringatan agar perbuatan 'scammer' berkaitan badal haji ini tidak terus berleluasa.

“Jika seseorang itu mahu mengambil perkhidmatan badal haji yang bukan ditawarkan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH, dia perlu menyiasat betul-betul supaya tidak tertipu. Kita tidak mahu badal haji menjadi 'bedal haji',” katanya seperti dilaporkan portal BH.

Beliau berkata demikian mengulas isu badal haji yang tular dalam media sosial, pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan TH di Makkah, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta orang ramai supaya merujuk kepada senarai PJH dilesenkan dalam laman sesawang TH untuk mendapatkan perkhidmatan badal haji yang sah.

Jelas beliau, walaupun banyak peringatan sudah diberikan, masih ramai terjerat dengan penipuan tawaran badal haji kerana rakyat Malaysia bersifat ‘hati lembut’ dan mudah percaya apabila membabitkan urusan ibadah.

Katanya, mangsa penipuan perkhidmatan badal haji turut dinasihatkan agar membuat laporan polis dan orang ramai perlu mengambil iktibar daripada kes tersebut.

“Kepada 'scammer' pula, saya nasihat supaya jangan disebabkan menipu ribuan ringgit itu, kita dibakar pada hari akhirat kelak... takutlah kepada Allah SWT,” katanya.

Pada 20 Mei lalu, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta umat Islam di negara ini agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan atau individu tertentu agar mereka tidak ditipu.

Menurut beliau, tawaran badal haji sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas adalah terlampau murah jika dibandingkan dengan harga asal permit haji yang harganya paling rendah adalah sekitar SR4,000 (RM4,800) dan lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji.

Malah sejak dua bulan lalu, beberapa individu termasuk yang bergelar selebriti mengiklankan tentang pakej badal haji yang jauh lebih murah berbanding kos sebenar dinyatakan oleh TH.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi hantaran di Facebook meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut.

“Jika benar dakwaan itu perlulah ia disiasat segera dan dipandang serius kerana menipu dalam melakukan badal haji,” katanya. – Getaran, 29 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Pakej Badal Haji, 'Jangan Mudah Percaya Kalau Bawah RM5,000'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyerahan Semula Aset TH Bukti Komitmen Kerajaan - Dr Mohd Na'im

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad