web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jamin Status Halal Ayam: Pusat Sembelihan Wajib Ada Penyembelih Muslim Mencukupi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 9:05AM

Pusat sembelihan yang memiliki SPHM disyaratkan untuk membangunkan Sistem Jaminan Halal dan dipantau sepanjang masa oleh penyelia halal atau eksekutif halal yang sudah dilantik secara tetap di pusat sembelihan tersebut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menetapkan setiap pusat sembelihan ayam segar mesti mempunyai bilangan penyembelih dan pemeriksa Muslim mencukupi bagi memastikan proses penyembelihan ternakan itu, dilaksanakan dengan memahtuhi hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penetapan dibuat bagi memastikan pusat sembelihan menjalankan proses mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu juga, memerlukan setiap pusat sembelihan memiliki tauliah penyembelih sah daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di lokasi premis berkenaan beroperasi.

Katanya, ia juga perlu memenuhi syarat ditetapkan sebagai penyembelih atau pemeriksa bertauliah.

Dr Mohd Na’im Mokhtar
Dr Mohd Na’im Mokhtar

“Untuk makluman, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), MAIN/JAIN), selaku pihak berkuasa berwibawa dalam pengurusan pensijilan halal, sentiasa komited dan mengambil langkah serius bagi menjamin status halal pusat penyembelihan yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk skim rumah sembelihan.

“Pusat sembelihan yang memiliki SPHM disyaratkan untuk membangunkan Sistem Jaminan Halal dan dipantau sepanjang masa oleh penyelia halal atau eksekutif halal sudah dilantik secara tetap di pusat sembelihan tersebut,” katanya menerusi sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berhubung apakah langkah diambil kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjamin status halal dalam proses penyembelihan dan pengeluaran ayam segar di pasaran, demi kepentingan pengguna Islam.

Mohd Na’im berkata, pusat sembelihan juga akan melalui pemeriksaan audit pematuhan secara tahunan bagi mengekalkan status pensijilan halal masing-masing.

Selain itu, beliau memaklumkan, dalam tempoh pensijilan, pusat sembelihan berkenaan akan dipantau Pihak Berkuasa Berwibawa daripada JAKIM, MAIN dan JAIN.

Jelasnya, pemantauan itu bagi menilai tahap pematuhan dan komitmen pihak syarikat terhadap prosedur pensijilan halal, selain memastikan sistem jaminan halal syarikat dilaksanakan dengan berkesan.

“Sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap piawaian dan standard pensijilan semasa pemantauan dijalankan, syarikat boleh dikenakan tindakan amaran atau penggantungan atau penarikan balik SPHM, bergantung kepada tahap ketidakpatuhannya.

“Pengusaha juga tidak dibenarkan menggunakan logo halal atau sebarang ungkapan halal, sekiranya SPHM ditarik balik,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Na’im berkata, JAKIM sudah melancarkan Kempen Beli Ayam Halal melalui aplikasi Facebook Bahagian Hab Halal sejak November 2020, dengan memberikan panduan kepada pengguna mengenai keperluan memilih ayam yang mempunyai label.

“Dalam perkembangan terkini, JAKIM sudah menyediakan video berkenaan panduan pembelian ayam berlabel menerusi aplikasi media sosial rasmi MyJAKIM, iaitu di Facebook, Twitter, Tiktok, Instagram dan Youtube.

“JAKIM turut menyediakan platform melalui aplikasi whatsapp di talian 03-88925000 sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan dan aduan berkaitan halal,” katanya. – Getaran, 2 Mac 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad