web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasatan Kes Sarjan Dengan Kesan Tembakan Tiada Unsur Jenayah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 9:59PM

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun, yang bertugas di balai berkenaan dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN -  Siasatan terperinci yang dijalankan berhubung kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, dekat sini pada 19 Februari lepas tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata berdasarkan laporan bedah siasat ke atas sarjan itu dan juga lawatan patologi ke tempat kejadian mendapati, ia konsisten dengan dapatan pertama siasatan iaitu ia adalah tindakan bunuh diri.

“Kita dah jalankan siasatan secara terperinci dan dah tengok daripada unsur jenayah memang tiada (kes itu), kesan bedah siasat dan juga lawatan patologi ke tempat kejadian juga konsisten dengan dapatan pertama kita, bahawa ia adalah tindakan bunuh diri.

“Saya rasa kes ini tidak ada lagi spekulasi, sama ada ia ada elemen jenayah dan sebagainya...siasatan kita di situ sahaja (bunuh diri) dan seterusnya kami akan hantar (laporan lengkap) untuk mohon inkues,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun, yang bertugas di balai berkenaan dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata tiada sesiapa atau anggota polis yang sedang bertugas semasa kejadian itu, melihat atau nampak insiden tersebut namun ada dalam kalangan mereka yang mendengar bunyi tembakan tersebut.

Beliau berkata anggota polis yang mendengar bunyi tembakan itu terus ke lokasi, untuk melihat sebelum mendapati sarjan tersebut telah meninggal dunia.

“Kawasan tempat kejadian itu tiada kamera litar tertutup (CCTV) di situ dan semasa kejadian, memang tiada sesiapa yang nampak namun ada yang mendengar tembak dan terus ke lokasi, sebelum mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Kami telah panggil tiga anggota polis untuk direkodkan keterangan bagi bantu siasatan kes itu dan setakat ini memang tiada elemen jenayah setakat ini,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata sarjan tersebut merupakan seorang yang mesra dan menyenangkan, malah mengikut anggota polis di bawahnya juga mereka,beliau seorang yang mudah bekerjasama serta senang bekerja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi