web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Diberi Sambutan Rasmi Di Istana Malacanang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 5:39PM

Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Ferdinand R Marcos Jr dan isteri, Louise Araneta-Marcos ketika tiba pada lawatan rasmi dua hari ke Filipina di Istana Malacanang hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA -  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr, yang lebih dikenali sebagai "Bong Bong", di Istana Malacanang hari ini, pada permulaan lawatan rasmi dua hari beliau ke Filipina.

Setibanya di istana yang juga pejabat rasmi Presiden Marcos, Anwar yang memakai baju batik dan bersongkok diberikan sambutan permaidani merah oleh pemimpin Filipina itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan wanita pertama Filipina, Marie Louise Araneta Marcos.

Setelah lagu kebangsaan Malaysia Negaraku dan Filipina, 'Lupang Hinirang' (Tanah Terpilih) dimainkan diikuti 19 das tembakan hormat, Anwar dengan diiringi Marcos memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi 165 angkatan tentera Filipina.

Perdana Menteri kemudiannya diperkenalkan kepada barisan anggota Kabinet Filipina.

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Kedua-dua pemimpin akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan pelbagai perkara melibatkan hal ehwal perhubungan kedua-dua negara, sebelum mengadakan sidang media bersama selepas mesyuarat berkenaan.

Malam ini, Marcos akan menjadi tuan rumah kepada Anwar dan delegasi Malaysia sempena majlis makan malam rasmi di Istana Malacanang.

Esok, Anwar dijangka melawat Universiti Filipina untuk menyampaikan syarahan umum bertajuk "30 Tahun Selepas Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat Asean (“30 Years after Asia's Renaissance: Strategic Takeaways for Asean”).

Beliau juga akan menerima anugerah ijazah Doktor Kehormat daripada senat universiti itu dan akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Filipina.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke tanah air lewat petang Khamis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Sambutan Krismas Meriah Dengan Upacara Keagamaan, Aktiviti Bersama Keluarga

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan Meriah Di Seluruh Negara, Serlah Semangat Patriotik Rakyat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Zahir Kepercayaan Malaysia, China Terus Perkasa Kerjasama

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad