web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TH Umum Agihan Keuntungan Awal Suku Kedua Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 4:00PM

Keputusan itu mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklumbalas awal RCI, selaras dengan usaha TH untuk memperkukuhkan operasi, pengurusan dan tadbir urus institusi haji negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi 2022 pada awal suku kedua tahun ini, selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.

TH menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebelum ini agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal.

Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklumbalas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), selaras dengan usaha TH untuk memperkukuhkan operasi, pengurusan dan tadbir urus institusi haji negara.

“TH terus kekal komited untuk memberi agihan keuntungan yang mampan dan stabil, selari dengan mandat penubuhannya mengurus simpanan umat Islam Malaysia bagi tujuan menyempurnakan Rukun Islam kelima iaitu haji,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan RCI susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 dan 8 Oktober 2021.

RCI itu ditubuhkan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembah kepada Seri Paduka dalam tempoh enam bulan selepas penubuhannya iaitu berkaitan isu pengurusan dan operasi TH bermula 2014 sehingga 2020.

Selain mantan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif, selaku pengerusi, lima lagi ahli yang dilantik dalam RCI itu termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Pengasas RHB Group, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid yang juga bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad.

TH yakin proses siasatan oleh RCI  terhadap isu pengurusan dan operasinya akan mengukuhkan kedudukan agensi itu sebagai institusi kewangan Islam.

Pada 24 Februari tahun lalu, TH mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus selepas zakat, melibatkan nilai RM2.46 bilion bagi tahun kewangan 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, agihan keuntungan itu akan dimanfaatkan kira-kira 8.4 juta pendeposit TH dengan jumlah keuntungan diagih RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion bagi tahun kewangan 2020.

Katanya, agihan keuntungan itu adalah kompetitif, mengambil kira faktor kadarnya lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan iaitu 2.36 peratus. – Getaran, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyerahan Semula Aset TH Bukti Komitmen Kerajaan - Dr Mohd Na'im

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasat Betul-Betul Agar Badal Haji Tak Jadi ‘Bedal Haji’

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar