web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bincang Semula Kadar Gaji, Upah Penjawat Awam Bila Kewangan Negara Bertambah Baik - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 8:42PM

Anwar Ibrahim berkata negara berdepan defisit fisikal sebanyak 5.6 peratus dan jumlah hutang kira-kira RM1.5 trilion yang perlu diberi keutamaan dalam usaha memastikan kemakmuran negara terutama dari segi ekonomi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah 'kantung' kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan.

Perdana Menteri berkata secara peribadi, beliau tidak berpuas hati apabila melihat kadar gaji dan upah penjawat awam berbanding tugas serta komitmen yang diberikan namun ia perlu dinilai berdasarkan kemampuan kewangan negara ketika ini.

"Kalau kantung bertambah baik defisit dikurangkan, kita boleh (naikkan gaji serta upah), dan sekarang bila saya tengok penjawat awam buat kerja baik antaranya di negeri kemudian hasil bertambah, proses itu boleh dipercepat.

"Cuma untuk hari ini saya fikir sukarlah, itu nanti kita bincang dahulu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Ketika menyampaikan amanat pada majlis itu, Anwar berkata negara berdepan defisit fisikal sebanyak 5.6 peratus dan jumlah hutang kira-kira RM1.5 trilion yang perlu diberi keutamaan dalam usaha memastikan kemakmuran negara terutama dari segi ekonomi.

Perdana Menteri menyeru kepada semua penjawat awam supaya mengamalkan integriti dan tadbir urus yang baik dalam memastikan Malaysia dapat diurus dengan sempurna selain kewangan negara dapat dipulihkan dengan segera - Gambar Hiasan
Perdana Menteri menyeru kepada semua penjawat awam supaya mengamalkan integriti dan tadbir urus yang baik dalam memastikan Malaysia dapat diurus dengan sempurna selain kewangan negara dapat dipulihkan dengan segera - Gambar Hiasan

"Beberapa bulan ini bila pulangan kita dua bilion, tiga bilion, lapan bilion masuk dalam kantung kewangan negara, satu sen pun tidak bocor, kalau bocor siaplah... semua tahulah saya buat macam macam mana.

"Kalau kantung negara cukup, penjawat awam percayalah saya akan beri keutamaan kepada nasib anda semua… kerana khidmat dan dedikasi anda wajar diberikan gaji dan upah yang lebih baik," katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada semua penjawat awam supaya mengamalkan integriti dan tadbir urus yang baik dalam memastikan Malaysia dapat diurus dengan sempurna selain kewangan negara dapat dipulihkan dengan segera.

"Saudara dan saudari semua berkerjalah dengan baik kerana banyak lagi yang kita belum selesaikan misalnya isu kemiskinan dan Lebuhraya Pan Borneo, kita selesaikan untuk rakyat kita dengan segera," katanya.

Ditanya mengenai gesaan agar Labuan dikembalikan kepada Sabah dalam sidang media itu, Anwar berkata apa yang penting ketika ini ialah Kerajaan Persekutuan menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk memulihkan Wilayah Persekutuan itu sebagai pusat kewangan yang kukuh.

"Ia bukan satu isu. Isu utama ialah kita menyaksikan beberapa pembangunan yang lembap di Labuan jadi kita perlu mengambil langkah di peringkat Persekutuan dan kerajaan negeri untuk cuba memulihkan keadaan di Labuan," katanya.

Menyentuh cadangan membina jambatan di antara Sabah dan Labuan, Perdana Menteri berkata perkara itu perlu dilihat dari sudut ekonomi dan ketika ini, kerajaan pusat mengambil pendirian untuk berbelanja setakat yang termampu.

Pada 26 Januari lepas, Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abd Rahman mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak serius dalam membangunkannya dan gesaan agar ia dikembalikan kepada Sabah bukanlah sesuatu yang tidak munasabah memandangkan ekonomi pulau bebas cukai itu semakin lemah sejak diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan kira-kira 38 tahun lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 51 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad