web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Subsidi Telur, Ayam Diteruskan Hingga Jun Babit Kos RM1.28 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 9:05AM

KPKM sentiasa memantau keperluan bekalan telur dan ayam dalam pasaran, selain terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur dalam negara stabil seperti sediakala. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur dan ayam hingga Jun ini, membabitkan kos RM1.28 bilion.

Menerusi kenyataannya, KPKM memaklumkan, langkah itu adalah antara pendekatan pihaknya bagi menjamin bekalan telur stabil seperti sediakala di negara ini.

Katanya, keputusan itu dicapai kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu yang mencapai kata sepakat.

Bekalan ayam dan telur pulih susulan langkah sementara diambil kerajaan dengan membenarkan bahan mentah berkenaan diimport.
Bekalan ayam dan telur pulih susulan langkah sementara diambil kerajaan dengan membenarkan bahan mentah berkenaan diimport.

“KPKM sentiasa memantau keperluan bekalan telur dan ayam dalam pasaran, selain terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur dalam negara stabil seperti sediakala.

“Langkah ini diambil demi memastikan bekalan telur dan ayam dalam negara kekal stabil, sementara kajian mengenai mekanisme serta dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh terdekat,” menurut kenyataan itu.

KPKM berkata, inisiatif membawa masuk telur dari sumber luar juga adalah langkah sementara bagi memastikan bekalan produk itu di dalam negara, kekal stabil dan tidak terputus.

“Keperluan untuk membawa masuk telur dari luar negara juga akan dikaji semula, selepas bekalan telur kembali stabil.

Selain itu, KPKM memaklumkan, pihaknya akan terus komited untuk bekerjasama dengan semua pemegang taruh.

“Kerjasama ini adalah bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan, malah dapat memastikan kehidupan rakyat tidak terbeban,” katanya.

Getaran pada Sabtu lalu memaklumkan, masalah kekurangan bekalan telur dan ayam diyakini mampu diselesaikan menjelang Ramadan ini, ekoran pelaksanaan program pemutihan lebih 200,000 tenaga buruh asing yang giat dilakukan sejak bulan lalu.

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, masalah kekurangan tenaga buruh, terutamanya dalam sektor perladangan dan penternakan, menjadi antara punca krisis bekalan bahan mentah itu.

Katanya, KPKM sudah mengadakan perbincangan dengan pengusaha berhubung isu terbabit.

Manakala, pada Januari lalu, Mohamad memaklumkan, kementerian itu mendapat markah ‘tercorot’ menerusi laporan penilaian persepsi rakyat.

Ujarnya, ia berikutan isu kekurangan bekalan ayam dan telur yang berlarutan sehingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Namun, beliau berkata, semua kekurangan tersebut berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan terdahulu.

Menurutnya, bekalan ayam dan telur itu, khususnya di pasaran semakin pulih susulan langkah sementara diambil kerajaan dengan membenarkan bahan mentah berkenaan diimport.

Perkara itu, katanya, terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan, kekurangan telur pada bulan lalu hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kritikal sebelum itu pada November lalu, iaitu kira-kira 157 juta dan 118 juta pada Oktober. – Getaran, 28 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad