web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemansuhan UPSR Wajar, Bawa Pembaharuan Sistem Pendidikan - Pakar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 2:30PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini disambut baik semua pihak terutama guru dan ibu bapa.

Ia disifatkan sebagai langkah pembaharuan dalam sistem akademik negara, yang tidak lagi berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, UPSR sememangnya wajar dimansuhkan kerana tidak bersesuaian dengan prinsip pendidikan kanak-kanak.

Langkah tersebut katanya, membuka jalan kepada sekolah untuk meneroka potensi sebenar murid selepas proses pengajaran dan pembelajaran, tanpa bertunjangkan kepada peperiksaan secara total.

“Pemansuhan UPSR perlu disambut baik oleh semua pihak kerana ia bukan suatu tindakan yang terburu-buru sebaliknya sudah lama diperbincangkan,” katanya kepada Getaran.

Tegasnya lagi, UPSR telah membunuh pertumbuhan murid kerana mereka dan guru dipaksa memberi tumpuan penuh kepada peperiksaan.

“Sejak sekian lama, pelaksanaan UPSR  didapati tidak memberikan manfaat terbesar kepada perkembangan pendidikan pelajar. Bayangkan pada usia 12 tahun, anak-anak kita telah diasingkan potensi mereka dan dinilai menggunakan pencapaian UPSR yang sangat terhad ukurannya, malah tidak menggambarkan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar.

“Setiap tahun dianggarkan 500 ribu murid-murid menduduki UPSR. Secara purata 10 peratus murid-murid akan mencapai tahap cemerlang dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran UPSR . Mereka diraikan dan diberikan pujian dengan berbagai penghargaan oleh pihak sekolah. Apa yang pihak sekolah lakukan pada 90 peratus lagi murid-murid yang lain?,” soalnya, kesal.

Dr. Anuar Ahmad
Dr. Anuar Ahmad

Jelas Anuar lagi, adalah tidak wajar untuk mengkategorikan keupayaan murid-murid pada peringkat yang terlalu awal.

“Untuk 90 peratus murid-murid yang tidak cemerlang, hasil dari keputusan UPSR ini menyebabkan mereka mula membina konsep kendiri yang lemah, tidak percaya pada kebolehan diri dan melihat diri sendiri sebagai satu kegagalan. 

“Kerana itu UPSR hanya menjayakan 10 peratus murid-murid tetapi mengenepikan potensi 90 peratus yang lain,” ujarnya.

Pemansuhan peperiksaan itu bagaimanapun jelas beliau, tidak seharusnya dibiarkan lompong, sebaliknya perlu diisi dengan dua perkara lain yang bermanfaat.

“Pertama, perlaksanaan penilaian bilik darjah (PBD) mestilah ditingkatkan kualiti ketekalannya, khususnya berkaitan tahap kebolehpercayaan penilaian bilik darjah oleh guru dan kesahan konstruk atau dimensi yang perlu dinilai di dalam bilik darjah.

“Kedua, kurikulum yang sedia ada direkabentuk untuk tujuan peperiksaan UPSR. Apabila UPSR dimansuhkan, pengubahsuaian kurikulum mestilah dilakukan supaya dapat disesuaikan dengan konsep PBD," jelas Anuar lagi.

Beliau berkata, konsep pembelajaran hafalan dan latih tubi juga sudah tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Murid-murid perlu disediakan kurikulum yang memerlukan mereka melakukan penyelesaian masalah, kreativiti, komunikasi dan kolaborasi.

“Inilah perkara baharu yang perlu dinilai oleh guru di dalam bilik darjah," katanya.

Anuar juga menjelaskan, terdapat cabaran yang perlu diselesaikan segera oleh KPM khususnya Bahagian Guru dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap PBD.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemansuhan UPSR itu secara tidak langsung membuka peluang kepada pendidikan negara untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan bakat dan potensi bukan akademik pada peringkat awal usia pelajar.

“Tetapi kali ini, kokurikulum bukan sekadar aktiviti sampingan di sekolah, sebaliknya  mestilah diangkat menjadi sama penting dengan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

“Murid-murid harus dibangunkan melalui bakat seperti muzik, sukan, reka cipta, komunikasi dan berbahasa, seni lukis, fotografi, kepimpinan dan berbagai lagi bakat mengikut kecenderungan murid-murid secara berkesan dan terancang," katanya. - Getaran, 3 Mei 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar