web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akta Komunikasi Dan Multimedia Diteliti Selaras Penubuhan Pasukan Bantuan Pornografi Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 12:31PM

Perkara itu dibincangkan bersama Kabinet yang melihat bahawa beberapa undang-undang berkaitan perlu diteliti semula dalam usaha melindungi golongan kanak-kanak serta wanita daripada aktiviti pornografi dan keganasan seksual. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti sama ada perlu meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selaras dengan penubuhan pasukan khas di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dalam usaha membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan bersama Kabinet yang melihat bahawa beberapa undang-undang berkaitan perlu diteliti semula dalam usaha melindungi golongan kanak-kanak serta wanita daripada aktiviti pornografi dan keganasan seksual.

“Kita akan membuat pengumuman mengenainya sebaik sahaja kita memulakan siri libat urus di pelbagai kementerian.

“Sebagai contoh, Akta Komunikasi dan Multimedia sama ada terdapat bahagian undang-undang yang perlu dipinda bagi menyelamat dan melindungi wanita serta kanak-kanak tetapi tidak akan mengekang apa sahaja komitmen kerajaan terhadap syarikat teknologi maklumat sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemantapan Penerangan PKR Selangor di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan sebuah pasukan khas di bawah D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditubuhkan khusus untuk mengekang aktiviti pornografi kanak-kanak dan pasukan itu akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku terlibat.

Mengenai sesi libat urus KKD bersama Digital Nasional Berhad (DNB) dan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi membincangkan berkenaan capaian 5G di negara ini semalam, Fahmi berkata keputusan sama ada kekal menggunakan model rangkaian borong tunggal (SWN) dalam pelaksanaan rangkaian itu akan dicapai sebelum hujung Mac ini.

“Lebih penting adalah kita ingin melihat capaian rangkaian 5G ini meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara menjelang hujung 2023 dan harganya perlu berpatutan untuk rakyat,” katanya dan menambah hubungan DNB bersama syarikat telekomunikasi dalam pelaksanaan rangkaian 5G juga akan dicapai dalam masa terdekat.

Beliau berkata sesi libat urus yang diadakan lebih sejam itu antaranya turut membincangkan supaya DNB diurus dengan lebih telus dan terbuka.

Januari lepas, Fahmi dilapor berkata KKD dijangka mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB dengan beberapa penambahbaikan menjelang atau sebelum hujung Mac ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad