web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU KPTM Mampu Cegah Generasi Muda Terjebak Tabiat Merokok, Vape

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 7:15AM

RUU KPTM  yang komprehensif mampu menangani isu semasa kawalan tembakau dan penggunaan vape yang ketika ini tidak sah di bawah undang-undang negara. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 (KPTM) bersama Dasar Generasi Penamat (GEG) merupakan langkah tepat bagi melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok dan vape.

Pakar Perunding Kesihatan Awam Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata RUU KPTM  yang komprehensif itu mampu menangani isu semasa kawalan tembakau dan penggunaan vape atau rokok elektronik yang ketika ini tidak sah di bawah undang-undang negara.

Dr Lokman Hakim Sulaiman - Gambar fail
Dr Lokman Hakim Sulaiman - Gambar fail

“RUU ini amat penting dalam menyediakan peruntukan serta peraturan bagi mengawal penggunaan serta penjualan produk berkenaan termasuk dari segi  keselamatan peranti, pengiklanan dan promosi.

“Saya amat mengalu-alukan persetujuan kerajaan untuk membentangkan RUU KPTM bersama pelaksanaan GEG kerana kita perlukan satu undang-undang yang kompeten serta komprehensif bagi mengawal produk yang kian menjadi kegilaan dan mendapat permintaan tinggi golongan remaja termasuk dalam kalangan kanak-kanak,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan komitmen kerajaan untuk membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bersama GEG sebagai antara usaha memperkukuh kawalan tembakau dan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok dan vape.

Mengulas lanjut, Lokman Hakim yang juga Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) berkata beliau yakin dengan RUU yang komprehensif, matlamat kerajaan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok dan vape lebih mudah dicapai.

Menurutnya GEG adalah strategi berstruktur dan sistematik yang menyasarkan generasi bebas daripada pengaruh tembakau dan vape dalam satu tempoh yang munasabah.

“Adalah mustahil untuk mengharamkan terus rokok dan vape tetapi dengan GEG, iaitu bermula dengan generasi tertentu, generasi akan datang akan bebas daripada pengaruh buruk ini. Perkara ini hanya boleh dicapai dengan adanya satu RUU yang komprehensif,” katanya.

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama
Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Pada Julai dan Ogos lepas, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama dan kedua, namun pembentangan RUU berkenaan tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Okt.

RUU berkenaan antaranya bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bertujuan melahirkan Generasi Penamat bagi merokok.

Dalam pada itu, Lokman Hakim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan, turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkenaan penetapan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape, serta penetapan separuh hasil duti eksais itu diperuntukkan semula kepada kementerian.

Menurutnya duti eksais ini adalah selari dengan Artikel 6 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu kawalan harga melalui duti eksais mampu mengawal kebolehdapatan produk yang mengandungi tembakau dan nikotin.

Beliau juga berharap penetapan duti eksais vape dan rokok elektronik itu dapat diselaraskan dengan duti eksais rokok bertembakau selaras dengan strategi FCTC bagi mengawal kebolehdapatan produk tembakau dan bernikotin. 

“Saya berharap ini hanyalah permulaan dan di masa akan datang, ia turut melibatkan duti eksais rokok,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad