web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Disyaki Larikan Kereta Mewah, 4 Individu Termasuk Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 6:07PM

Kereta Honda CIVIC yang dicuri suspek. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taktik empat individu termasuk seorang wanita yang menyamar sebagai anggota polis dan pelanggan untuk membeli kereta gagal, selepas mereka ditahan dalam beberapa serbuan di Selangor serta Kedah.

Dalam kejadian pada 15 Februari lalu, seorang jurujual kereta di pusat jualan kenderaan dekat Jalan Ampang Hilir Off Jalan Ampang, didatangi seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan untuk memandu uji sebuah kereta jenis Honda CIVIC.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki tersebut datang dengan menaiki sebuah kenderaan lain dipandu seorang lagi individu.

Menurutnya, berdasarkan keterangan jurujual tersebut, suspek datang dengan memakai uniform lengkap seperti seorang anggota polis.

“Pada sekitar jam 12 tengah hari, suspek memandu uji kereta berkenaan, manakala jurujual tersebut duduk di bahagian penumpang hadapan.

“Sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Pandan Jaya, suspek meminta pengadu membelikan ‘top up’ sebelum melarikan kereta bernilai RM270,000 tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pakaian seragam polis yang digunakan oleh suspek. - Gambar ihsan polis
Pakaian seragam polis yang digunakan oleh suspek. - Gambar ihsan polis

Beliau berkata, susulan daripada maklumat berkenaan, pihaknya melancarkan beberapa serbuan pada 18 Februari lalu dan awal pagi tadi di Selayang, Selangor, selain Alor Star dan Jitra di Kedah.

“Hasil serbuan, polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun.

“Dua daripada suspek tidak bekerja manakala seorang suspek adalah pekerja bengkel dan seorang lagi adalah penjaja makanan,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta jenis PERODUA Myvi, Honda Civic, uniform operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), pelbagai resit, beberapa telefon bimbit dan peralatan lain untuk membantu siasatan.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, iaitu curi kenderaan.

“Polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar penjawat awam,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar