web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023: Inklusif, Mesra B40 - NGO

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 11:02AM

Perkara tersebut amat signifikan kerana bukan sahaja golongan fakir dan daif disantuni, malah kebajikan golongan miskin bandar turut dipelihara. - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, disifatkan sebagai mesra golongan berpendapatan rendah (B40).

Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Zairudin Hashim berkata, perkara tersebut amat signifikan kerana bukan sahaja golongan fakir dan daif disantuni, malah kebajikan golongan miskin bandar turut dipelihara.

Zairudin Hashim - Gambar fail
Zairudin Hashim - Gambar fail

“Pesawah padi dan pekebun kecil getah juga menerima insentif yang sewajarnya.

“Kerajaan turut menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100,” katanya kepada Getaran.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Beliau antara lain mengumumkan kerajaan memperkenalkan STR, khusus untuk membantu golongan B40.

Ia melibatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Mengulas lanjut, Zairudin berkata, komitmen kerajaan dalam membantu golongan B40 juga diterjemahkan menerusi insentif membantu warga Projek Perumahan Rakyat (PPR) menerusi penyelenggaraan lif, aktiviti ekonomi rakyat dan anak-anak tercicir.

Beliau turut melahirkan harapan agar Konsep Payung Rahmah dapat diperluaskan supaya lebih ramai menerima manfaatnya.

“Apa yang lebih utama adalah keberkesanan pelaksanaan dan perlu ada pemantauan yang ketat supaya manfaatnya dapat dinikmati lebih ramai rakyat yang kini terbeban dengan pelbagai keterdesakan ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya menyambut baik pembentangan belanjawan tersebut yang menyaksikan beberapa peningkatan peruntukan kepada sektor pendidikan.

Dengan pengumuman berkenaan, katanya, semua guru diharap terus komited menjalankan tugas sebagai pendidik dan meningkatkan kualiti profesion perguruan serta membantu membina persekitaran pendidikan yang sejahtera.

Menurut beliau, perkara tersebut penting ke arah melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

“IGuru menyambut baik bajet yang dibentangkan Perdana Menteri terhadap sektor pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM 55.12 billion, meningkat RM2.6 billion (berbanding) sebelum ini.

“IGuru turut menyambut baik peruntukan besar ini terutama bagi mengatasi isu 380 buah sekolah daif, termasuk juga penyelenggaraan sekolah dan asrama, infrastruktur untuk sekolah orang kurang upaya (OKU) dan pembaikpulihan dewan sekolah,” katanya dalam kenyataan.

Peruntukan berkenaan diharap dapat merapatkan jurang pendidikan antara bandar, luar bandar dan pedalaman. - Gambar Bernama
Peruntukan berkenaan diharap dapat merapatkan jurang pendidikan antara bandar, luar bandar dan pedalaman. - Gambar Bernama

Jelasnya, peruntukan berkenaan diharap dapat merapatkan jurang pendidikan antara bandar, luar bandar dan pedalaman.

Pada masa sama, Mohd Azizee berkata, pihaknya berharap pelaksanaan perancangan terbabit dilakukan dengan penuh ketelusan bagi memastikan aspek kualiti dan keselamatan bangunan sentiasa selamat dan berada pada tahap yang baik.

“Begitu juga penambahan peruntukan sebanyak RM152 juta menjadikan jumlah RM 777 juta, yang akan membantu perkembangan minda murid dengan mendapat kualiti makanan dan nutrisi yang baik.

“Ia akan membantu pendidikan berkualiti kepada anak-anak keluarga B40 yang kebanyakannya dari keluarga miskin,” katanya.

Beliau berkata, langkah kerajaan memberikan 50,000 komputer riba kepada sekolah diharap membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru dalam pengajaran dan pembelajaran terutama memanfaatkan pembelajaran secara digital.

“IGuru juga berterima kasih kerana kenaikan elaun sebanyak RM100 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), menjadikan elaun mereka RM 1,100.

“Namun ini belum mencukupi untuk menjadikan kerjaya guru KAFA sebagai satu perjawatan tetap,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Azizee berkata, pihaknya melihat aspek pembinaan modal insan untuk membentuk 'karamah insaniyah' kurang diberi penekanan dan perhatian.

Katanya, perkara itu penting untuk membina generasi pelajar yang bersahsiah tinggi dan sifar disiplin. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 41 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad