web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lulus Naik Taraf Lebuhraya PLUS 6 Lorong, Johor Hargai Komitmen PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 10:47AM

Kerajaan negeri menzahirkan komitmen bagi memudahcara semua projek dan inisiatif yang diumumkan Anwar Ibrahim demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan Bangsa Johor. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Johor menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan peruntukan besar bagi melaksanakan naik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Yong Peng Utara ke Senai Utara (Fasa 1) dan infrastruktur lain di negeri itu dalam pembentangan Belanjawan 2023, semalam.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri menzahirkan komitmen di peringkat tertinggi bagi memudahcara semua projek dan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan Bangsa Johor.

Onn Hafiz Ghazi - Gambar oleh Syeda Imran
Onn Hafiz Ghazi - Gambar oleh Syeda Imran

“Syukur Alhamdulillah, berkat doa dan usaha berterusan semua pihak, apa yang dihajati kerajaan Johor untuk kemakmuran kita bersama dimakbulkan Allah SWT melalui pembentangan Belanjawan Persekutuan 2023, semalam.

“Bagi pihak kerajaan Johor, saya menzahirkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar, yang juga Menteri Kewangan kerana bersetuju melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Yong Peng Utara ke Senai Utara - Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan Persekutuan turut bersetuju untuk menambah baik kemudahan jaringan lebuhraya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway.

Katanya, sudah tentu dengan pelebaran laluan utama ini, ia akan meningkatkan kesalinghubungan yang bukan sahaja penting untuk logistik perniagaan, tetapi juga hubungan sesama rakyat dari dalam dan luar Johor.

Gambar hiasan dari AFP
Gambar hiasan dari AFP

“Kerajaan Persekutuan juga bersetuju agar enam projek tebatan banjir perlu melalui proses tender semula dengan segera, selewat-lewatnya Jun depan, termasuk Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi.

“Tidak ketinggalan, cadangan memperkukuhkan lagi pembangunan Iskandar Malaysia di Johor melalui pewujudan zon khas kewangan, dengan pakej imbuhan bagi menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi,” katanya.

Pada masa sama, Onn Hafiz berkata, kerajaan Johor turut menghargai komitmen kerajaan mengumumkan kerja-kerja awalan bagi menaik taraf 26 buah hospital di seluruh negara, termasuk pembesaran Hospital Pontian, Johor yang sudah berusia hampir seabad.

“Tidak dilupakan, pengenalan Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bahru yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST).

“Sekali lagi saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Persekutuan kerana memberi pertimbangan dan seterusnya melaksanakan harapan yang kami utarakan sebelum ini,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lokasi HSA 2 Diketahui Dua Tiga Bulan Lagi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

11 Lokasi Jalan Raya Di Pasir Gudang Dalam Proses Penyelenggaraan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Johor, Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Kelancaran Operasi Keluar Masuk Sempadan Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek