web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


11 Lokasi Jalan Raya Di Pasir Gudang Dalam Proses Penyelenggaraan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 7:00AM

Onn Hafiz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri sedang melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan raya melibatkan 11 lokasi di sekitar Pasir Gudang dekat sini, demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerja pembaikan itu termasuk jalan di kawasan perindustrian Tanjung Langsat; Lebuhraya Pasir Gudang; Jalan Kota Masai, Taman Kota Masai; Jalan Besar; dan Jalan Mesjid, bandar Pasir Gudang.

Beliau berkata selain itu Jalan Pekeliling, Jalan Timah 1, Jalan Platinum Utama, Jalan Platinum 1 dan 2, serta Jalan Perak 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.

“Syukur Alhamdulillah. Saya telah dibentangkan perkembangan pembaikan dan penyelenggaraan jalan-jalan di seluruh Johor. 

“Walau begitu, masih banyak jalan yang perlu diselenggara dan dibaik pulih, demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam.

Onn Hafiz memaklumkan beliau turut menerima laporan mengenai beberapa kerja penyelenggaraan yang telah dan akan siap dalam masa terdekat, melibatkan Jalan Kota Tinggi-Mersing; Jalan Lapangan Terbang Senai; Jalan Pontian-Kukup; Jalan Batu Pahat-Mersing; Jalan Yong Peng-Muar; Jalan Tenggaroh Selatan dan Jalan Utama Tenggaroh di Mersing.

Beliau berkata selain itu, jalan raya di Felda Inas, Kota Tinggi; Jalan Muar-Segamat; Jalan Felda Kemelah; Jalan Muar-Yong Peng; Lebuhraya Pasir Gudang serta Jalan Permas Jaya-Pasir Gudang.

“Saya yakin dengan kerjasama semua pihak keadaan infrastruktur di negeri ini akan (dapat) diperbaiki demi keselesaan dan keselamatan pengguna terutamanya Bangsa Johor,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek