web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Sambut Baik Penetapan Cukai Cecair Nikotin Vape, Rokok Elektronik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:12AM

KKM menyambut baik penetapan cukai ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik penetapan cukai ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape dengan separuh hasil duti eksais itu diperuntukkan semula kepada kementerian.

Menterinya, Dr Zaliha Mustapa berkata, KKM juga menghargai komitmen kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bersama Generasi Penamat (GEG).

 Dr Zaliha Mustapa - Gambar oleh Azim Rahman
Dr Zaliha Mustapa - Gambar oleh Azim Rahman

“Ia bagi mempertingkatkan usaha untuk memperkukuh kawalan tembakau dan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok serta mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok dan vape,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pada pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukkan RM36.3 bilion kepada KKM, iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding RM32.4 bilion pada tahun lalu.

“Dalam belanjawan yang dibentangkan hari ini, KKM menerima peruntukan kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan (KPM).

“KKM merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan akan terus memanfaatkan peruntukan dan perhatian yang diberi,” katanya.

Dr Zaliha berkata, sejumlah RM3 bilion diperuntukkan bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

Katanya, KKM akan memastikan beberapa langkah bagi mengatasi kesesakan akan diambil seperti mengoptimum penyumberluaran pesakit daripada hospital sesak kepada hospital lain termasuk hospital universiti, hospital tentera dan hospital swasta.

“Sebanyak RM120 juta diperuntukkan kerajaan bagi memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus bagi golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am dan swasta.

“Skim ini adalah satu projek rintis menyasarkan golongan B40 dengan menyediakan kemudahan “kredit” untuk berjumpa Pegawai Perubatan Am di klinik swasta tanpa perlu ke Jabatan Kecemasan.

“Ia juga merupakan satu langkah bagi mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit,” katanya.

Gambar hiasan Pixabay
Gambar hiasan Pixabay

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, kerajaan turut mencadangkan hospital kebajikan yang berdaftar sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan diberi pengecualian cukai pendapatan serta para penderma akan mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus.

“Melalui belanjawan ini, KKM akan membina blok wanita dan kanak-kanak dengan kapasiti 476 katil dengan kos hampir RM700 juta ringgit bagi Hospital Melaka.

“Kerja awalan bagi menaik taraf 26 buah hospital akan dimulakan dalam usaha menaiktaraf Hospital Kuala Kangsar, Perak, Jelebu, Negeri Sembilan dan Hospital Pontian, Johor,” katanya.

Jelasnya lagi, sejumlah RM80 juta turut diperuntukkan bagi memperkasa Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40), iaitu skim bagi pemeriksaan atau saringan awal khas untuk golongan B40 termasuk saringan penyakit kencing manis.

“KKM juga menyambut baik had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan bermula tahun taksiran 2023.

“Kenaikan had pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM10,000 akan turut meliputi kos pemulihan gangguan perkembangan saraf seperti autisme, sindrom down dan Specific Learning Disabilities,” katanya. – Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar