web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Cukai Golongan Kaya Mampu Tambah Kutipan Hasil 4 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:00AM

Pelaksanaan langkah menaikkan kadar cukai golongan berpendapatan tinggi (T20), cukai barangan mewah dan program pengakuan secara sukarela mampu menambah kutipan hasil kerajaan. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan langkah menaikkan kadar cukai golongan berpendapatan tinggi (T20), cukai barangan mewah dan program pengakuan secara sukarela mampu menambah kutipan hasil kerajaan sebanyak empat peratus tahun ini berbanding 2022.

Ketua Percukaian Deloitte Malaysia, Sim Kwang Gek berkata, Belanjawan 2023 itu telah memperkenalkan semula program pengakuan sukarela yang merangkumi cukai langsung dan tidak langsung.

“Cadangan untuk menawarkan pengampunan ke atas penalti 100 peratus untuk mereka yang membuat pengakuan sukarela bagi tempoh 23 Jun hingga 31 Mei 2023 hingga 31 Mei 2024, akan meningkatkan lagi kutipan hasil kerajaan.

“Malah, penalti penuh 100 peratus itu jauh lebih menarik berbanding program yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum ini yang mengenakan penalti 10 peratus atau 15 peratus ke atas cukai yang bergantung kepada bila pengakuan itu dibuat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau mengulas pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, semalam.

Ini membuktikan bahawa kerajaan mengambil pendekatan secara berperingkat sebelum melaksanakannya secara menyeluruh. - Gambar Bernama
Ini membuktikan bahawa kerajaan mengambil pendekatan secara berperingkat sebelum melaksanakannya secara menyeluruh. - Gambar Bernama

Merujuk cukai keuntungan modal, Sim berkata agak menarik apabila kerajaan berhasrat melaksanakan cukai keuntungan modal mulai tahun depan yang bukannya secara menyeluruh, sebaliknya hanya membabitkan pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan mengambil pendekatan secara berperingkat sebelum melaksanakannya secara menyeluruh,” katanya.

Menyentuh pengurangan cukai pendapatan individu M40 pemastautin, Sim berkata biarpun ini hanya sebanyak dua peratus dan menurunkan jumlah kutipan hasil, impaknya dijangka minimum kerana wang yang dijimat itu sebaliknya disalurkan semula ke dalam ekonomi menerusi pertambahan perbelanjaan.

Belanjawan 2023 itu mencadangkan pengurangan cukai pendapatan sebanyak dua mata peratusan yang melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000.

Ini melibatkan penjimatan cukai sebanyak RM300 bagi yang berpendapatan RM35,001 hingga RM50,000; RM700 untuk berpendapatan RM50,001 hingga RM70,000 serta RM1,300 bagi berpendapatan antara RM70,001 hingga RM100,000, katanya.

Mengulas manfaat untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Sim berkata pengurangan cukai korporat sebanyak dua mata peratusan kepada 15 peratus daripada 17 peratus untuk pendapatan bercukai tahunan sehingga RM150,000, dijangka menggembirakan golongan tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad