Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023 Dibentang Anwar Menyeluruh, Beri Keuntungan Besar Kepada Pelbagai Pihak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 7:00AM

Ia turut menerima pujian daripada pembangkang dalam saat prospek ekonomi global yang suram bagi tahun ini, selain cabaran menangani ketirisan dan rasuah. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembentangan Belanjawan 2023 dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat menyeluruh.

Belanjawan sulung Perdana Menteri Ke-10 itu, turut menerima pujian daripada pembangkang dalam saat prospek ekonomi global yang suram bagi tahun ini, selain cabaran menangani ketirisan dan rasuah.

Mengumumkan pelbagai inisiatif dan rancangan di bawah belanjawan itu, Anwar memulakan ucapan selama dua jam dengan mempersoalkan bagaimana hutang dan liabiliti negara, melepasi RM1.5 trilion hari ini, bersamaan 81 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dengan tema Membangun Malaysia Madani, peruntukan di bawah belanjawan itu ditambah kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion diumumkan kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu.

Selain rasuah dan penyelewengan, menangani kos sara hidup juga menjadi satu daripada fokus utama bajet dirombak Anwar. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Selain rasuah dan penyelewengan, menangani kos sara hidup juga menjadi satu daripada fokus utama bajet dirombak Anwar. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Ketika ucapannya itu, Anwar turut memaklumkan mengenai hutang ditampung kerajaan untuk membiayai projek mega tidak menguntungkan sebelum ini, sekali gus menimbulkan persoalan serius mengenai pengkhianatan amanah awam dan beban bakal dihadapi generasi akan datang.

Selain rasuah dan penyelewengan, menangani kos sara hidup juga menjadi satu daripada fokus utama bajet dirombak Anwar, dengan kerajaan berikrar menyediakan sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif.

Dengan kandungan belanjawan dibentangkan itu, The Vibes melaporkan mengenai sorotan beberapa pihak atau sektor yang ‘untung atau rugi besar’ melalui pengumuman berkenaan dalam Belanjawan 2023 yang disemak semula.

 

Pihak paling untung

 

1. Kumpulan B40 dan M40

Kerajaan berhasrat menamatkan kemiskinan tegar yang dialami kira-kira 130,000 rakyat, dengan mencadangkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang memfokuskan kepada pemerkasaan dan peningkatan potensi pendapatan melalui peruntukan RM750 juta kepada Kementerian Ekonomi.

Program terbabit akan membolehkan peserta memperoleh pendapatan antara RM2,000 dan RM2,500 sebulan selama dua tahun, selepas itu mereka dijangka menggunakan pendapatan berkenaan untuk menjana pendapatan masa hadapan.

Anwar menyatakan bahawa sebahagian besar daripada peruntukan RM64 bilion itu adalah untuk meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barangan, bantuan kewangan dan menyediakan perkhidmatan kepada kebanyakan orang.

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang memfokuskan kepada pemerkasaan dan peningkatan potensi pendapatan melalui peruntukan RM750 juta kepada Kementerian Ekonomi. - Gambar fail
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang memfokuskan kepada pemerkasaan dan peningkatan potensi pendapatan melalui peruntukan RM750 juta kepada Kementerian Ekonomi. - Gambar fail

Selain itu, isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 akan diberi bantuan tunai sehingga RM2,500, manakala bantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas juga akan diagihkan kepada mereka yang berpendapatan paling rendah, malah ia bermakna golongan miskin tegar layak menerima bantuan maksimum RM3,100.

Bagi mereka yang berpendapatan sederhana, kerajaan sedang berusaha mengurangkan kadar cukai pendapatan individu untuk kumpulan M40 sebanyak dua mata peratusan tahun ini.

Anwar berkata, pengurangan itu akan dikenakan kepada mereka yang berpendapatan antara RM35,000 dan RM100,000 setahun, membabitkan sehingga 2.4 juta pembayar cukai di negara ini dengan ia akan memberi kumpulan M40 peningkatan dalam pendapatan boleh guna sebanyak RM1,300.

Di samping itu, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) bersetuju berkongsi 30 peratus daripada keuntungan bersihnya daripada import beras dengan pesawah

Katanya, ia akan melengkapkan bantuan RM60 juta untuk pesawah di seluruh negara, sebagai sebahagian daripada langkah awal untuk menghapuskan monopoli Bernas yang sudah  lama wujud dalam industri padi.

2. Belia dan Sukan

Belia berumur antara 18 dan 20 tahun akan diberi kredit e-tunai sekali sebanyak RM200, dengan dua juta individu berpeluang mendapat manfaat daripada inisiatif itu yang digelar ‘e-Tunai Belia Rahmah’, membabitkan jumlah peruntukan RM400 juta.

Peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyaksikan peningkatan ketara kepada RM399 juta, berbanding RM289 juta yang diperuntukkan tahun lalu.

Bajet itu menyaksikan industri sukan menerima tambahan RM110 juta daripada kerajaan, dengan RM324 juta adalah untuk program latihan dan kemudahan sukan kepada semua atlet serta atlet para.

Anwar berkata, peruntukan itu juga bagi membangunkan ekosistem sukan yang membabitkan pencarian bakat sehingga acara podium, selain menyelenggara dan menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negara.

3. Pembuat Filem, Industri Kreatif dan Hiburan

Menurutnya, kerajaan akan memperuntukkan RM102 juta untuk Dana Kandungan Digital bagi mempromosikan karya artis tempatan dan merangsang penciptaan lebih banyak produksi asli.

Bagi menyokong artis mencipta kandungan berkualiti tinggi, Anwar mencadangkan sumbangan kepada Tabung Kemajuan Filem Nasional dan Komuniti Filem Nasional di bawah Finas diberi potongan cukai.

Di samping itu, duti import dan cukai jualan ke atas peralatan produksi studio serta filem akan dikecualikan.

4. Kebankrapan

Mereka yang diisytiharkan muflis dan mempunyai hutang di bawah RM50,000 akan dihapuskan status kebankrapan mereka pada 1 Mac kerana kerajaan ingin memberi peluang kedua.

Anwar berkata, ketika ini, terdapat lebih 260,000 kes muflis direkodkan, dengan kebanyakannya membabitkan orang Melayu yang boleh membantu menyumbang kepada ekonomi negara.

Dengan cadangan itu, katanya, kerajaan sedang berusaha membebaskan 130,000 orang daripada status muflis sebaik sahaja pindaan Akta Insolvensi 1967 diluluskan.

5. Pendidikan

Kementerian Pendidikan (KPM) masih menerima peruntukan tertinggi antara semua kementerian dengan jumlah peruntukan RM55.2 bilion, berbanding RM52.6 bilion bagi 2022.

Anwar berkata, bajet untuk program makan di sekolah yang turut dikenali sebagai Rancangan Makanan Tambahan (RMT), akan dinaikkan daripada RM625 juta kepada RM777 juta, dengan memanfaatkan 700,000 murid.

Bagi kanak-kanak prasekolah, peruntukan Program Makanan Pra Sekolah akan dinaikkan daripada RM89 juta kepada RM108 juta, memanfaatkan 240,00 kanak-kanak prasekolah di bawah KPM.

Tambahan pula, Anwar berjanji akan menyelesaikan isu sekolah dan klinik daif menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, ia akan membabitkan 400 klinik dan 380 sekolah yang akan diberi perhatian segera oleh kerajaan.

Peruntukan itu melibatkan perolehan ubat-ubatan, reagen, vaksin dan bahan habis pakai, dengan RM3 bilion diperuntukkan bagi pelantikan tetap dan kontrak baharu untuk lebih 1,500 pegawai perubatan, doktor gigi dan ahli farmasi. - Gambar fail
Peruntukan itu melibatkan perolehan ubat-ubatan, reagen, vaksin dan bahan habis pakai, dengan RM3 bilion diperuntukkan bagi pelantikan tetap dan kontrak baharu untuk lebih 1,500 pegawai perubatan, doktor gigi dan ahli farmasi. - Gambar fail

6. Sektor kesihatan

Dengan menerima peruntukan kedua terbesar, iaitu RM36.3 bilion dalam Bajet 2023 berbanding RM32.4 bilion tahun lepas, sektor kesihatan turut menjadi antara pemenang terbesar tahun ini.

Anwar berkata, peruntukan itu melibatkan perolehan ubat-ubatan, reagen, vaksin dan bahan habis pakai, dengan RM3 bilion diperuntukkan bagi pelantikan tetap dan kontrak baharu untuk lebih 1,500 pegawai perubatan, doktor gigi dan ahli farmasi, seperti dilaporkan Bernama.

Peruntukan itu, jelasnya, akan membantu menangani kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dengan menyumber luar pesakit dari hospital sesak ke kemudahan lain, termasuk di sektor swasta.

Pihak Paling Rugi

 

1. Kumpulan Berpendapatan Tinggi (T20)

Walaupun cukai pendapatan untuk kumpulan M40 dikurangkan sebanyak dua mata peratusan, individu berpendapatan antara RM100,000 dan RM1 juta akan dinaikkan kadarnya sebanyak 0.5 peratus dan 2 peratusan.

Bagaimanapun, Anwar berkata, ia hanya membabitkan 150,000 pembayar cukai atau sebahagian kecil daripada lebih 30 juta rakyat negara ini.

Tanpa menjelaskan secara terperinci, Anwar turut memberitahu Parlimen bahawa pentadbirannya akan memperkenalkan cukai ke atas barangan mewah tahun ini, termasuk jam tangan mewah dan barangan fesyen mahal.

Ia adalah isu membimbangkan kerana vape nikotin yang menyalahi undang-undang, masih dijual secara meluas dan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Ia adalah isu membimbangkan kerana vape nikotin yang menyalahi undang-undang, masih dijual secara meluas dan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

2. Vapers

Mereka yang beralih daripada merokok fizikal kepada rokok elektronik, seperti vape untuk menjimatkan wang, kini mungkin mempunyai motivasi untuk menghentikan tabiat itu, apabila kerajaan merancang mengenakan duti eksais ke atas cecair atau gel mengandungi nikotin untuk e-rokok.

Anwar menyatakan, ia adalah isu membimbangkan kerana vape nikotin yang menyalahi undang-undang, masih dijual secara meluas dan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

3. Penipu, Orang Tengah dan Ejen Migran Asing yang Mengeksploitasi

Anwar melahirkan kebimbangannya terhadap peningkatan jenayah berkaitan penipuan, memandangkan lebih 25,000 kes itu membabitkan RM850 juta dilaporkan pada 2022 sahaja.

Beliau berkata, walaupun kerajaan menubuhkan Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC), masih terdapat kekurangan dasar seragam yang menyekat bank dalam isu itu.

Justeru, katanya, kerajaan memperuntukkan RM10 juta kepada operasi NSRC, selain penguatkuasaan dasar ‘kill switch’ yang membolehkan pemegang akaun membekukan akaun mereka sendiri apabila aktiviti mencurigakan berlaku.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, kelemahan masa lalu dalam perolehan dan pengurusan projek menyebabkan ‘kebocoran’ kepada tabung kerajaan, malah menjejaskan kesiapsiagaan pertahanan negara.

Memetik isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM6 bilion baru-baru ini, Anwar berkata, amalan orang tengah mesti dihentikan segera.

Jelasnya, pendekatan sama, akan dikenakan kepada pihak yang memonopoli pengambilan pekerja asing.

Anwar memberitahu beliau mahukan ‘penyertaan penuh’ rakyat dalam usaha itu yang kini dikendalikan Digital Nasional Bhd (DNB). - Gambar fail
Anwar memberitahu beliau mahukan ‘penyertaan penuh’ rakyat dalam usaha itu yang kini dikendalikan Digital Nasional Bhd (DNB). - Gambar fail

4. Syarikat Telekomunikasi Mencari Rangkaian Borong Dwi untuk Pelancaran 5G

Walaupun beberapa syarikat telekomunikasi terbesar negara sudah membuat tawaran baharu untuk mewujudkan satu lagi rangkaian bagi pelancaran 5G negara, Anwar memberitahu bahawa beliau mahukan ‘penyertaan penuh’ rakyat dalam usaha itu yang kini dikendalikan Digital Nasional Bhd (DNB).

Biarpun beliau tidak menyebut secara khusus keperluan syarikat telekomunikasi menggunakan model Rangkaian Borong Tunggal DNB, Anwar menegaskan, kerajaan mahu memastikan DNB diuruskan dengan ‘cara lebih telus untuk mencapai penyertaan penuh oleh syarikat telekomunikasi’. – The Vibes, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

2

Politik 4 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 17 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 17 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu