web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kaji Semula MRT3, Pastikan Nilai Terbaik Bawah RM45 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 10:52PM

Anwar berkata kerajaan kini akan mengkaji semula perincian projek untuk memastikan nilai terbaik. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji semula perincian projek Projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) untuk memastikan nilai terbaik dapat diperoleh.

Bercakap pada pembentangan Belanjawan 2023 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan keyakinan bahawa langkah itu akan dapat mencapai penjimatan tambahan sekurang-kurangnya di bawah RM45 bilion.

Perdana Menteri berkata, usaha tersebut selaras dengan pembaharuan tatakelola untuk mengurangkan kos perolehan demi mencapai penjimatan yang dapat diagihkan semula untuk manfaat rakyat.

“Terkait tentang MRT3, pada asalnya tahun 2018 projek ini dianggarkan melibatkan kos RM68 bilion. Tahun lalu, proses perolehan projek dimulakan dan kos projek dianggarkan RM50 bilion.

“Kerajaan kini akan mengkaji semula perincian projek untuk memastikan nilai terbaik dan yakin akan dapat mencapai penjimatan tambahan sekurang-kurangnya di bawah RM45 bilion,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, kerajaan juga akan terus menyediakan RM209 juta sebagai subsidi pengangkutan udara untuk manfaat mereka.

Selain itu, katanya, kemudahan tanjakan kerusi roda (wheelchair ramp) di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak akan dibina demi manfaat ribuan penumpang berkerusi roda yang menggunakan perkhidmatan MASWings.

“(Langkah ini dijalankan memandangkan Perkhidmatan udara diketahui sebagai pengangkutan utama bagi rakyat pedalaman Sabah dan Sarawak,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan