web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023: Amalan Orang Tengah Harus Dihentikan Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 9:56PM

Anwar Ibrahim mahu amalan orang tengah dalam menguruskan perolehan aset pertahanan dan keselamatan harus dihentikan serta-merta - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu amalan orang tengah dalam menguruskan perolehan aset pertahanan dan keselamatan harus dihentikan serta-merta.

Menurutnya, keselamatan negara perlu terus terpelihara bagi menjamin keamanan dan keharmonian.

Jelasnya, kelemahan lalu dalam tatakelola perolehan telah menjejaskan kesiapsiagaan pertahanan negara.

“Perolehan kapal LCS (Kapal Tempur Pesisir) telah menelan belanja lebih RM6 bilion, namun satu kapal belum dapat disiapkan. Keterlanjuran seperti ini tidak boleh diulangi.

“Mulai sekarang, amalan orang tengah harus dihentikan serta-merta dan perlu terus berurusan dengan kerajaan negara yang berkaitan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Skandal LCS mula terbongkar tahun lalu apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus tersebut, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Melalui laporan PAC, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus tersebut, namun tiada kapal diterima setakat ini - Gambar Fail
Melalui laporan PAC, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus tersebut, namun tiada kapal diterima setakat ini - Gambar Fail

Sementara itu, Belanjawan 2023 memperuntukkan sebanyak RM18.5 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan RM17.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Jelas Anwar, daripada jumlah keseluruhan yang diberikan kepada KEMENTAH, hampir RM4.1 bilion peruntukan mengutamakan menyelenggara dan membeli aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan.

“Sementara itu, agensi di bawah KDN akan disediakan hampir RM1 bilion bagi memperkasa keselamatan dalam negeri antaranya untuk memperoleh lebih 2,100 unit kamera badan PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya.

Perdana Menteri berkata, sebuah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak dan kuarters polis baharu akan dibina dengan kos RM450 juta.

“Kerajaan akan menambah 42 pos kawalan sempadan polis PGA (Pasukan Gerakan Am), Imigresen, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memperketat kawalan sempadan negara selain menyelenggara semua kapal dan bot APMM,” katanya. – Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: PAC Lawat TLDM Lumut, Mula Prosiding Sabtu Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: MOF Tubuh SPV, Ambil Alih BNS Sebagai Anak Syarikat - Mohamad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad