web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023: Kerajaan Cadang Bina Bandar Di Sempadan Kalimantan, Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 8:37PM

Anwar Ibrahim berkata, Sabah dan Sarawak akan terus meraih manfaat besar daripada peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion dalam Belanjawan 2023 - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan merancang untuk membangunkan bandar di daerah Kalabakan, Sabah dan Ba’kelalan, Sarawak dengan kos RM1 bilion sebagai langkah menyambung perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sabah dan Sarawak akan terus meraih manfaat besar daripada peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion dalam Belanjawan 2023.

Menurut beliau, RM2.5 bilion turut disediakan kepada Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan projek melibatkan prasarana awam, antaranya projek jalan, lampu jalan, bekalan air dan elektrik, selain daripada rancangan membangunakan bandar berhampiran sempadan negara jiran.

“Kerajaan komited meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak-Sabah Link Road yang dianggarkan melibatkan kos keseluruhan RM20 bilion dengan jajaran lebih daripada 1,000 kilometer.

“Bagi memudahkan urusan rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak, kerajaan akan memperbanyak kemudahan klinik, bank dan mahkamah bergerak dengan peruntukan keseluruhan RM30 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan perpaduan komited untuk menambah baik kadar dan menyegerakan rundingan berkenaan formula baharu Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak.

“Pada tahun lalu, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah telah mencapai persetujuan interim untuk pemberian khas tertakluk kepada rundingan bagi formula baharu.

“Sekian lama sejak tahun 1970-an, negeri Sarawak hanya menerima pemberian khas sebanyak RM16 juta setahun. Kerajaan ini akan meningkatkannya (kepada) sekurang-kurangnya RM300 juta,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, sebelum ini beliau juga sudah mengumumkan tekad dan ikrar kerajaan untuk menyerahkan kuasa melulus bagi perolehan projek Persekutuan kepada Jabatan Teknik di Sabah dan Sarawak sehingga RM50.

“Ini bagi mempercepat pelaksanaan projek,” katanya. – Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan