web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023: D11 Tubuh Pasukan Khas Banteras Aktiviti Pornografi Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Feb 2023 7:08PM

Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes seksual, wanita dan kanak-kanak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) bagi membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perpaduan sentiasa prihatin akan keselamatan masyarakat, khususnya wanita dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, menurut beliau, permasalahan melibatkan dua golongan itu masih dilihat membimbangkan.

“Justeru, Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes seksual, wanita dan kanak-kanak.

“Antaranya, sebuah pasukan khas di bawah D11 akan ditubuhkan khusus untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku yang terlibat,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023, di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM8 juta bagi memperkukuh peranan Pusat Sokongan Sosial Setempat sebagai tempat intervensi awal isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (akan ditubuhkan) untuk memberi perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, golongan banguan akan terus diberi latihan secukupkan melalui pelaksanaan program Skill for Inmate demi kepentingan dan asimilasi semula komuniti tersebut ke dalam masyarakat.

Tegasnya, golongan tersebut wajar diberikan peluang kedua.

“Majikan juga digalakkan untuk menggaji banduan termasuk bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan institusi perlindungan serta pemulihan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan layak mendapat potongan cukai tambahan.

“Program Agro Penjara untuk banduan terlibat dalam aktiviti pertanian yang dilaksanakan di atas tanah penjara seluas 70 hektar akan terus diperkasa dengan peruntukan RM10 juta,” katanya. – Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Diluluskan Pada Minggu Keenam Sidang Dewan Rakyat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Peruntukan RM750 Juta Bagi Program IPR Mencukupi - Rafizi

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad