web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penangguhan Bayaran, Diskaun PTPTN Hingga 20 Peratus Bermula Bulan Depan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 6:16PM

Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) kepada mereka yang berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac depan.

Menurut beliau, kerajaan juga bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) selama tiga bulan bermula 1 Mac ini sehingga 20 peratus.

Anwar Ibrahim - Gambar dari Jabatan Penerangan
Anwar Ibrahim - Gambar dari Jabatan Penerangan

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menerima peruntukan sebanyak RM15.3 bilion pada tahun ini, berbanding RM14.5 bilion pada tahun sebelumnya.

Katanya, sejumlah RM436 juta disediakan bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang yang tidak lagi ekonomik di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Sebanyak RM35 juta juga disediakan sebagai dana untuk meningkatkan kesalinghubungan internet di institusi pendidikan tinggi Malaysia di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, kira-kira RM428 juta diperuntukkan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah KPT dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Katanya, ia termasuklah peruntukan tambahan RM50 juta untuk KPT mempergiatkan R&D berbentuk translasional yang lebih memberi manfaat kepada penyelesaian isu komuniti dan industri.

“Selain itu, MOSTI juga disediakan RM15 juta geran R&D khusus berkenaan penghasilan vaksin negara,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pelbagai Tawaran Sempena Hari Mesra Pelanggan, Kempen Jom Bayar PTPTN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Rakyat Setuju Bayaran Balik PTPTN Adalah Tanggungjawab Yang Perlu Dipenuhi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayar Balik PTPTN Ikut ICL Praktikal, Tidak Bebankan Peminjam - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad