web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayar Balik PTPTN Ikut ICL Praktikal, Tidak Bebankan Peminjam - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 8:18PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof melihat isi kandungan laporan akhir Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) pada Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara di Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut Income Contingent Loan (ICL) adalah cadangan yang praktikal dan tidak membebankan peminjam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kaedah itu yang juga antara cadangan dikemukakan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC), akan dilaksanakan melalui pemotongan gaji secara automatik menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Anwar berkata, kadar bayaran balik pinjaman PTPTN adalah amat rendah dan kerajaan bimbang dengan kelestarian PTPTN untuk jangka masa panjang.

“Sehingga Mei 2023, jumlah pinjaman yang belum dibayar berjumlah RM66.9 bilion. Jumlah ini sekiranya dibayar, boleh membiayai kira-kira 2.5 juta orang pelajar baharu,” katanya dalam ucapan pada majlis penutup Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof. Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Anwar berkata, NRC juga mencadangkan untuk memperkenalkan mekanisme baharu pembiayaan, iaitu universiti awam (UA) terikat dengan kerajaan menerusi Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA), untuk menghasilkan pelajar dan penyelidikan yang berkualiti tinggi.

Beliau berkata, daripada model geran blok, cadangan yang dikemukakan adalah supaya kerajaan ‘membayar’ kepada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) untuk perkhidmatan pendidikan, berdasarkan formula pembiayaan berasaskan prestasi tersebut.

“Formula ini harus berdasarkan kebolehpasaran graduan, gaji siswazah, dan kualiti pendidikan. Institusi yang dapat menonjolkan prestasi yang baik akan diperuntukkan kos yang lebih tinggi bagi setiap pelajar,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, NRC juga mencadangkan supaya dilaksanakan kitaran perancangan belanjawan tiga tahun, seperti yang dilaksanakan di Hong Kong.

Beliau berkata, ia akan dikawal selia oleh Jawatankuasa Geran Universiti (UGC), yang akan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh institusi, menggariskan program dan jumlah sasaran pelajar berdasarkan bidang keperluan negara, manakala pembiayaan disediakan berdasarkan pendaftaran pelajar yang disasarkan.

Anwar berkata, NRC juga melihat kepada aspek pengembangan dana endowmen universiti, dengan menghapuskan peraturan perbelanjaan tahunan sebanyak 50 peratus yang dikenakan terhadap endowmen dan dana wakaf.

Beliau berkata, universiti terkemuka dunia seperti Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT), mempunyai dana endowmen besar yang membolehkan mereka melabur semula dalam sistem pendidikan, termasuk meningkatkan alat dan bahan pengajaran, mengembangkan penyelidikan dan menyediakan biasiswa.

“Ini akan membolehkan dana endowmen dan wakaf dapat dikembangkan dan seterusnya dilaburkan semula, bagi meningkatkan akses dan standard pendidikan tinggi,” katanya.

Anwar berkata, secara keseluruhan cadangan yang dikemukakan NRC, yang ditubuhkan KPT untuk mereformasikan pendidikan tinggi negara, amat baik dan boleh dibincangkan lanjut dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pelbagai Tawaran Sempena Hari Mesra Pelanggan, Kempen Jom Bayar PTPTN

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Rakyat Setuju Bayaran Balik PTPTN Adalah Tanggungjawab Yang Perlu Dipenuhi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Cadangan Teruskan Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN Dalam Belanjawan 2024 - Menteri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Hingga 2024 Kepada Pendeposit Simpan SSPN

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad