Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rakyat Setuju Bayaran Balik PTPTN Adalah Tanggungjawab Yang Perlu Dipenuhi

Pendidikan Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:39AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia secara umumnya bersetuju bahawa bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu tanggungjawab, akauntabiliti dan keadilan yang perlu dipenuhi oleh peminjamnya. 

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Oktober lalu.

“Malangnya kita berdepan dengan keadaan ramai yang tidak bertanggungjawab, yang menyebabkan tidak ada keadilan. Maknanya dia dah pinjam dahulu untuk belajar, bila dia dah berjaya dan dah ada kerja, dia tak bayar. 

“Jadi, ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada PTPTN yang terpaksa menanggung hutang yang besar, malah yang lebih dahsyat, dia mengganggu peluang orang lain yang nak meneruskan pelajaran,” katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan BERNAMA TV, malam tadi.

Justeru, beliau menggalakkan orang ramai untuk hadir ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari ini hingga Ahad bagi mendapatkan khidmat konsultansi untuk menguruskan pembayaran, selain menikmati diskaun bayaran balik sehingga 15 peratus. 

“Kerajaan telah meluluskan diskaun ini bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024, namun masih ramai yang tidak mengambil peluang ini. Bagi pengunjung yang membuat bayaran semasa program berlangsung, ada hadiah istimewa yang diberikan, selain diskaun. 

“Selain diskaun PTPTN, urusan pembukaan akaun serta penambahan deposit simpanan SSPN juga turut disediakan,” katanya. 

Mengenai tawaran secara terus bagi kemasukan ke universiti awam, politeknik dan kolej komuniti terpilih, Yusof berkata, bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat pengajian boleh hadir ke reruai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 

“Sila bawa bersama kad pengenalan dan salinan SPM bagi kemasukan ke Program Sepenuh Masa Sesi II 2023/2024. Bagi calon yang tiada SPM dan berminat untuk sambung belajar juga dialu-alukan untuk hadir ke reruai KPT.

“... sebab di sana kita ada program di bawah Kolej Komuniti yang kita namakan sebagai Pembelajaran Sepanjang Hayat, ini juga akan berikan peluang kepada mereka yang tiada kelulusan minimum untuk mendapatkan peluang kedua di bawah program Kolej Komuniti,” katanya. 

Terdahulu, KPT dalam kenyataan semalam, memaklumkan akan menawarkan sebanyak 24,500 tempat pengajian di politeknik, kolej komuniti dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Tawaran itu meliputi 24,000 tempat pengajian secara tawaran terus ke program peringkat diploma dan sijil di politeknik atau kolej komuniti terpilih, manakala 500 lagi di lima program pradiploma UiTM untuk pemohon terutama daripada golongan B40.

Yusof juga berharap orang ramai hadir bagi memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI khususnya ke reruai KPT serta menikmati khidmat dan tawaran yang disediakan. 

“Kita di peringkat KPT harapkan supaya program yang telah disusun ini untuk rakyat supaya mereka dapat mengetahui dengan lebih meluas mengenai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI. 

“Sumber maklumat yang sahih amat penting untuk diperoleh jadi sebab itulah melalui program seperti ini… tujuan kita untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat dan mereka dapat bertemu serta bersemuka dengan pihak kementerian, jabatan dan agensi yang bertanggungjawab supaya melalui perkongsian ini, kita dapat membangunkan negara secara bersama,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Pelbagai Tawaran Sempena Hari Mesra Pelanggan, Kempen Jom Bayar PTPTN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayar Balik PTPTN Ikut ICL Praktikal, Tidak Bebankan Peminjam - PM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Cadangan Teruskan Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN Dalam Belanjawan 2024 - Menteri

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Hingga 2024 Kepada Pendeposit Simpan SSPN

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Sukan 1 hari yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Semasa 14 jam yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo