web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuliah Maghrib Perdana UAI Dibatalkan Atas Arahan JAIS, Terpaksa Tukar Lokasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 1:46PM

Pengendali Facebook UIA memaklumkan, ceramah tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - Gambar Facebook Ustaz Azhar Idrus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuliah maghrib perdana penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong di Shah Alam pada Ahad ini dibatalkan.

Pengendali Facebook UIA memaklumkan, ceramah tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliyah di negeri anda,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kuliah maghrib pada tarikh tersebut akan ditukarkan lokasi ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan di sini.

“Mohon sebaran seluasnya,” katanya.

Tinjauan di Facebook mendapat majoriti peminat UAI kecewa dengan keputusan pembatalan tersebut.

Antaranya guru popular, Mohd Fadli Salleh yang turut bersedih apabila kuliah agama seperti itu tidak dibenarkan.

“Sedihnya bila orang mengajak buat maksiat dialu-alukan, orang mengajak mengingat akhirat dan ladang pahala, disekat,” katanya.

“Sedihnya. Ustaz kegemaran ramai ni. Kena gam pula di Selangor. Ini boleh mendatangkan kemarahan,” kata Annabdul Nur Wana.

“Semoga Selangor akan diperintah oleh PAS dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Aamiin,” kata Firdaus Azizi.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook berkata, UAI perlu memohon tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) jika ingin menyampaikan kuliah di negeri itu.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pernah menitahkan agar tauliah mengajar agama Islam di negeri itu yang telah diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember 2021.

Selain itu, mana-mana pihak yang bertindak dengan cara menghina kuasa yang sah, atau mengingkari atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam berhubung dengan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam bagi mana-mana aktivis politik juga adalah suatu kesalahan di bawah perenggan 12(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995).

Jika disabitkan kesalahan mana-mana pihak yang ingkar, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua hukuman berkenaan. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendakwah Perlu Jaga Adab, Jangan Takbur - Mohd Na’im

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

3

Politik 2 tahun yang lalu

Sudah Setuju Debat Tapi Batal, Rafizi Kata PN Cuma Pandai Sembang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceramah UAI Ditangguh Untuk Susun Semula Jadual Masjid - JAWI

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad