web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudah Setuju Debat Tapi Batal, Rafizi Kata PN Cuma Pandai Sembang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 4:41PM

Mohd Syahir menolak cabaran berdebat dengan Mohd Rafizi selepas terlebih dahulu menyatakan persetujuan semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seperti dijangka, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman hari ini menarik semula persetujuan untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli selepas menyatakan kesediaan semalam. 

Dalam satu surat rasmi yang berlegar di media sosial hari ini, Penolong Setiausaha Agung PAS itu berkata, adalah lebih wajar untuk mereka menumpukan kepada usaha menyelesaikan permasalahan rakyat. 

Jelas Mohd Syahir, beliau amat menghargai undangan dan pengiktirafan diberikan, namun masa yang berbaki seharusnya digunakan untuk menyelesaikan segala tugasan. 

“Pada hemat saya, adalah lebih baik kita fokuskan masa dan tenaga yang berbaki ini untuk bekerja dan berkhidmat bagi menyelesaikan segala tugasan dan permasalahan yang menanti. 

“Justeru dalam hal ini, saya sependapat dengan kekanda saya, Datuk Seri Muhammad Sanusi (Md Nor),” katanya. 

Mohd Syahir bagaimanapun memberitahu, beliau bagaimanapun sentiasa bersedia untuk berwacana dengan mana-mana pihak seperti dilakukan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

“Insya Allah saya senantiasa bersedia untuk berwacana dengan mana-mana pihak sebagaimana dalam PRU-14 yang lalu, sepentas dengan Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Pemuda UMNO dan Pemuda PKR secara terbuka, matang dan harmoni. 

Sementara itu, Rafizi menerusi hantaran terkini di Facebook berkata, ‘sembang’ Perikatan Nasional (PN) di media sosial tidak sepadan dengan keberanian dimiliki mereka. 

Penolakan Mohd Syahir mengundang reaksi sinis Rafizi - gambar Facebook
Penolakan Mohd Syahir mengundang reaksi sinis Rafizi - gambar Facebook

“PN sembang di media sosial seolah-olah PRN kali ini nak ambil alih pemerintahan negara. 

“Bila ajak debat untuk rakyat nilai rancangan mereka, semua tolak. Tolak debat sebab tidak ada idea atau pelan ekonomi langsung,” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan menegaskan, bukti mengenai kedangkalan idea pembangkang itu jelas kelihatan di semua negeri ditadbir mereka. 

“Memerintah bukan soal kuasa semata, tetapi amanah untuk menambah baik hidup rakyat. 

“Ada cadangan nama lagi ke dari PN? Risau bila ajak, suruh hantar surat tapi lepas itu tolak lagi,” katanya sinis. - Getaran, 31 Julai 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran