web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Teliti Isu SJKT Kawasan Pedalaman Kurang Murid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 1:38PM

Lim Hui Ying berkata kementerian sedang mencari kaedah jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu berkenaan agar sekolah Tamil di kawasan pedalaman dapat terus beroperasi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Pendidikan (KPM) akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi meneliti isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di kawasan pedalaman negara ini yang mempunyai bilangan murid sikit.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata kementerian sedang mencari kaedah jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu berkenaan agar sekolah Tamil di kawasan pedalaman dapat terus beroperasi.

“Ada beberapa sekolah yang kurang murid terutama di (kawasan) perladangan dan Felda. Ini kita akan teliti satu demi satu,” katanya selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasamy dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) M. Thulsi Thivani.

Difahamkan sebanyak 367 SJKT di negara ini mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang pada satu-satu masa.

Mengenai projek pemulihan dan penyelenggaraan sekolah dikategorikan sebagai projek 'sakit', Lim berkata terdapat beberapa punca mengakibatkan kelewatan persiapan termasuk kenaikan kos bahan mentah dan masalah pekerja kontraktor binaan.

Bagaimanapun, beliau berkata KPM terus memberi perhatian serius agar projek menaik taraf atau memindahkan ke bangunan sekolah baharu yang telah diluluskan kerajaan akan disegerakan.

“Setiap negeri, ada projek-projek sekolah sakit tersendiri, ini kita tidak menafikan. Banyak lagi projek masih dalam perancangan,” katanya.

Sementara itu, SJKT Gunung Rapat yang dibina pada 1954 dan terletak di kawasan padat di tengah-tengah pekan Gunung Rapat, hari ini mendapat tapak dan bangunan baharu selepas 10 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam