web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Nafi Kerajaan Akan Laksana PKP 3.0

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 5:25PM

Ismail Sabri - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum lagi membuat keputusan tentang sama ada ia akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu mesej ringkas kepada The Vibes, beliau berkata laporan yang kerajaan akan mengumumkan PKP di beberapa buah negeri dan bandar yang terkesan dengan kenaikan kes COVID-19 adalah tidak benar.

Beliau berkata yang Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum bermesyuarat tentang perkara itu, walaupun ada kenaikan kes jangkitan COVID-19.

“Belum meeting pun lagi,” katanya.

Penafian Ismail Sabri hadir selepas satu laporan dalam akhbar tempatan memetik sumber berkata yang kerajaan akan mengumumkan PKP selama dua minggu di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Laporan itu berkata PKP yang akan datang itu, ketiga setakat ini, akan sama seperti yang diimplementasikan pada bulan Januari.

PKP pertama dilaksanakan pada Mac tahun lepas, tidak lama selepas pandemik COVID-19 bermula.

PKP sebelum ini menyaksikan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi, manakala sekolah diarah tutup dan acara sosial dan keagamaan adalah dilarang.

Laporan itu juga berkata yang makan di gerai dan restoran tidak dibenarkan.  

Komen Ismail Sabri juga hadir selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata yang PKP akan dikaji semula, terutama sekali di negeri-negeri yang menunjukkan kenaikan dalam kadar jangkitan.

Walaubagaimanapun, sumber dalam parti Muhyiddin, BERSATU, memberitahu yang beliau khuatir tentang melaksanakan satu lagi perintah berkurung.  

Walaupun dengan keengganan perdana menteri, difahamkan bahawa hasil perbincangan kerajaan berkenaan perkara ini tetap lancar, kerana para pemimpin mempertimbangkan risiko penyebaran virus itu sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun rentas negeri dilarang, PKP seterusnya masih mempertimbangkan untuk mengelakkan penduduk bandar untuk pulang ke kampung halaman, serta penularan virus COVID-19 di kawasan terdapat orang ramai seperti di bazar Ramadan. - Getaran, 2 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad