web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Kurangkan Bilangan Penjawat Awam, SKMM Siasat Awesome TV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 5:26PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuka kertas siasatan terhadap stesen televisyen swasta, Awesome TV susulan laporan kononnya kerajaan merancang mengurangkan bilangan penjawat awam.

Jurucakap SKMM memaklumkan, suruhanjaya itu telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Awesome TV semalam untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Menurutnya, kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atas kegagalan mematuhi syarat lesen.

“Apabila kertas siasatan dilengkapkan, ia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.

“Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, SKMM akan mengadakan pertemuan dengan Awesome TV bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan berita terbabit.

Fahmi berkata, beliau difahamkan Awesome TV telah melakukan enam pelanggaran berhubung penerbitan bahan berita yang dilihat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.

Mengulas lanjut, jurucakap itu menambah, SKMM memandang serius aduan pengguna dan komited dalam usaha mempertingkatkan tahap pematuhan para pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I).

“Langkah tersebut supaya kandungan yang disiarkan mencerminkan budaya, identiti dan norma masyarakat, selaras dengan AKM 1998 (AKM 98) dan Kod Kandungan,” katanya.

Ujarnya, setiap aduan yang diterima akan diteliti berdasarkan peruntukan AKM 1998, peraturan yang berkaitan di bawahnya dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Antara tatacara dan proses aduan yang dibuat adalah seperti memanggil pihak penyiar yang diadukan untuk tampil mengemukakan penjelasan bagi menentukan bentuk tindakan penguatkuasaan yang akan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Awesome TV hari ini dipetik sebagai berkata, laporan Berita 757 berkaitan isu penjawat awam yang disiarkan stesen terbabit pada 15 Februari lalu telah ‘dimanipulasi’ pihak tertentu.

Katanya, mereka tidak memiliki sebarang kepentingan selain memainkan peranan sebagai penyampai berita yang telus dan tulus demi kepentingan negara.

“Berita 757 melaporkan bahawa pemerhati mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai dan menstruktur semula jumlah kakitangan awam dari 1.6 juta kepada 800,000 kerana jumlah perbelanjaan tahunan penjawat awam mencapai nilai yang tinggi iaitu RM114.9 bilion.

“Ini susulan laporan yang diketengahkan oleh portal The Edge Markets di theedgemarkets.com bertajuk ‘Reducing Government Opex Warrants a Look Into Emoluments’ bertarikh 15 Februari lalu.

“Bagaimanapun, sesetengah pengamal media sosial memanipulasi laporan Berita 757 hingga mendapat reaksi Fahmi, yang kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa Berita 757 membuat laporan palsu dan fitnah, kononnya kerajaan akan mengurangkan jumlah penjawat awam,” kata kenyataan itu seperti dilaporkan Malaysiakini.

Terdahulu, Awesome TV didakwa melaporkan kerajaan bercadang untuk mengurangkan hingga 800,000 penjawat awam. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 10 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad