web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Setiap Yang Bermula Itu Pasti Akan Berakhir, Kata Abdul Hamid Bador

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 11:51AM

an Sri Abdul Hamid Bador yang akan menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalan beliau Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pada Isnin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya tak berhasrat untuk kekal lebih lama dalam jawatan ini ... setiap yang bermula itu pasti akan berakhir,” kata Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalan beliau Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pada Isnin.

Dua tahun menerajui pasukan Sang Saka Biru, dan sepanjang tempoh itu ada sesuatu yang beliau terkilan kerana tidak dapat dilaksanakan iaitu melawat Sabah dan Sarawak bagi menyelesaikan masalah-masalah pasukan di dua negeri itu.

“Tiada apa yang hendak saya sesali tapi hasrat saya adalah untuk ke sana (Sabah dan Sarawak) kerana di sana begitu banyak isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya kes perjudian dan persempadanan negara.

“Saya tidak dapat pergi ke Sabah dan Sarawak sebab COVID-19 ini, banyak isu di Sarawak tapi saya mohon maaflah sebab sekiranya saya pergi (perlu) dengan kuarantin dan macam-macam,” katanya.

Beliau berkata sesuatu yang drastik perlu dilakukan di Sarawak dan berharap pucuk pimpinan PDRM selepas ini dapat memberi perhatian terhadap isu integriti, penyeludupan, perjudian dalam talian dan maksiat yang dikatakan banyak berlaku di sana.

Memegang jawatan tertinggi pasukan keselamatan negara pada 4 Mei 2019, Abdul Hamid akan menamatkan kontrak perkhidmatan beliau pada 3 Mei 2021.

Sebagai Ketua Polis Negara ke-12, Abdul Hamid dilihat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk membersihkan maruah pasukan itu dengan memerangi habis-habisan rasuah dalam pasukan polis.

Tidak kira anggota, pegawai, pegawai kanan mahupun pegawai kanan tinggi dalam pasukan pasti tidak akan terlepas daripada diambil tindakan baik secara dalaman atau dihadapkan ke muka pengadilan jika didapati terbabit dalam rasuah, salah laku dan bersekongkol dengan pesalah jenayah.

“Pedih rasa dalam hati saya apabila melihat seorang demi seorang anak buah saya dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Abdul Hamid juga dikenali sebagai Ketua Polis Negara yang lantang bersuara menegur warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mendedahkan kes-kes anggota dan pegawai yang terlibat masalah integriti, salah guna kuasa dan salah laku serta lain-lain kes jenayah lagi.

Kelantangan dalam mendedahkan pelbagai kartel dalam pasukan bagaimanapun mendapat kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak termasuk warga PDRM sendiri dan ahli politik yang kurang senang dengan tindakannya dan menyifatkannya sebagai membuka pekung di dada.

Antara kejayaan besar polis di bawah kepimpinan Abdul Hamid ialah mematahkan cubaan penyeludupan dan pengedaran dadah di Pulau Pinang dengan nilai rampasan terbesar RM2.4 bilion, menggempur sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang turut membongkar penglibatan anggota dan pegawai PDRM sendiri.

Berikutan itu, seramai 31 warga PDRM yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian itu diambil tindakan, antaranya akan dibuang kerja, penurunan pangkat atau memindahkan mereka ke jawatan tidak sensitif dan lain-lain lagi yang difikirkan adil dan setimpal oleh Suruhanjaya Pasukan Polis.

Apa pun bak kata Abdul Hamid, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan mulai Selasa 4 Mei ini, tugas, amanah serta tanggungjawab itu akan digalas oleh Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara ke-13 untuk terus meningkatkan integriti dan maruah pasukan Sang Saka Biru. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad