web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tubuh Pasukan Khas Kaji, Teliti Isu Anak Tanpa Kewarganegaraan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 7:09AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) disaran menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji dan meneliti isu anak tanpa kewarganegaraan di negara ini agar penyelesaian komprehensif dapat diambil bagi mengatasinya - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) disaran menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji dan meneliti isu anak tanpa kewarganegaraan di negara ini agar penyelesaian komprehensif dapat diambil bagi mengatasinya.

Aktivis kemanusiaan, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kajian itu perlulah diteliti dari sudut kemanusiaan supaya keputusan dibuat tidak menjejaskan masa depan golongan berkenaan.

“Saya berpendapat isu ini boleh diatasi dengan kerajaan meneliti masalah berkenaan secara ‘case by case’.

“Keluarga kanak-kanak atau remaja berkenaan perlu dipanggil dan ditemuduga supaya pihak bertanggungjawab dapat mengenalpasti masalah dihadapi mereka dan membantu menyelesaikannya.

“Jika mereka ada asas berkaitan masalah tersebut, pertimbangan secara kemanusiaan perlu dibuat bagi menyelamatkan masa depan golongan berkenaan,” katanya kepada Getaran.

Lam Thye yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat berkata, isu lapuk tersebut perlu dipandang serius kerajaan supaya nasib anak-anak berkenaan terbela dan mendapat layanan sama rata seperti kanak-kanak lain.

Lee Lam Thye - Gambar Fail
Lee Lam Thye - Gambar Fail

“Saya bersetuju dengan gesaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi isu membabitkan kanak-kanak di negara ini yang jumlahnya semakin meningkat saban tahun.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada kes membabitkan kehilangan dokumen contohnya surat beranak, sijil kahwin ibu bapa sehinggakan anak-anak tidak dapat didaftarkan sebagai warganegara,” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini dianggarkan 12,000 kanak-kanak di Semenanjung Malaysia masih tidak memiliki kewarganegaraan sehingga hak mereka dinafikan dan jumlah tersebut dipercayai lebih besar di Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau, kes sebegitu memberi implikasi besar terhadap masa depan kanak-kanak terbabit terutamanya hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Sehingga kini dianggarkan 12,000 kanak-kanak di Semenanjung Malaysia masih tidak memiliki kewarganegaraan sehingga hak mereka dinafikan dan jumlah tersebut dipercayai lebih besar di Sabah dan Sarawak - Gambar Hiasan
Sehingga kini dianggarkan 12,000 kanak-kanak di Semenanjung Malaysia masih tidak memiliki kewarganegaraan sehingga hak mereka dinafikan dan jumlah tersebut dipercayai lebih besar di Sabah dan Sarawak - Gambar Hiasan

“Kerajaan seharusnya bimbang apabila ramai remaja dan kanak-kanak tidak memiliki kewarganegaraan kerana mereka akan menghadapi masalah untuk menerima pendidikan serta hak untuk mendapatkan kemudahan juga terhalang disebabkan tiada kad pengenalan.

“Ini mengakibatkan masa depan mereka terjejas. Jadi saya berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mengutamakan dan seterusnya mengatasi isu ini bagi  mengelakkan ia menjadi semakin parah,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff berharap langkah meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mendapat kerakyatan negara ini, menjadi titik tolak kepada kerajaan untuk mengatasi isu anak tanpa kewarganegaraan.

Beliau berkata, walaupun cadangan pindaan tersebut dipersetujui Kabinet, ia perlu mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat. 

Mohammad Agus Yusoff - Gambar Fail
Mohammad Agus Yusoff - Gambar Fail

“Saya gembira apabila Kabinet bersetuju untuk meminda Perlembagaan bagi menggantikan perkataan ‘bapanya’ dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya’ bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak untuk menentukan kewarganegaraan anaknya.

“Semoganya Ahli Parlimen menyokong pindaan ini dan seterusnya menyelesaikan pula masalah anak tanpa kewarganegaraan. Selangkah demi selangkah,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohammad Agus yang juga Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau gembira apabila golongan tersebut akan berpeluang menikmati kemudahan kerajaan seperti kesihatan dan persekolahan.

“Saya juga gembira kerana pindaan ini memenuhi hak terhadap kanak-kanak, menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita dan mengatasi kelemahan peruntukan kewarganegaraan sebelum ini.

“Ia sekali gus menyelesaikan kes tertunggak bagi wanita yang menunggu masa terlalu lama untuk mendapat kelulusan kewarganegaraan anak mereka. Akhirnya muncul “a human government” yang memanusiawikan manusia, dan mengangkat kemanusiaan,” katanya.

Kelmarin, SUHAKAM menggesa kerajaan agar memberikan perhatian serius terhadap nasib semua anak tanpa kewarganegaraan.

Ia membabitkan isu anak angkat di Malaysia, kanak-kanak baru lahir yang dijumpai, Orang Asli, Orang Asal di Sabah dan Sarawak, anak tidak sah taraf atau yang lahir dari perkahwinan yang tidak didaftarkan, orang tanpa dokumen dan lain-lain.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya menerima sebanyak 138 aduan membabitkan isu tanpa kewarganegaraan.

“SUHAKAM amat menghargai komitmen kerajaan dalam menjamin hak asasi manusia dan keadilan sosial di Malaysia.

“Oleh itu, SUHAKAM berharap agar kerajaan sedia membantu dan bekerjasama untuk memastikan keputusan baru ini dilaksanakan dengan cepat dan berkesan,” katanya. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad