web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berlaku Ketakutan Melampau Terhadap Islam, Kalau Dah Paranoid Memang Sukar Dirawat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 6:36PM

Nasrudin berkata tidak timbul sebarang isu kerana Malaysia adalah sebuah negara yang telah banyak menyajikan perarakan serupa saban tahun. - Gambar dari Facebook PAS Putrajaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mengecam umat Islam yang ‘paranoid’ dengan tindakan sekumpulan ahli pemudanya berarak membawa replika pedang, lembing dan perisai di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu yang tular di media sosial.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan membandingkan perarakan Pemuda PAS Terengganu dalam program HIMPIT memperagakan pakaian ala tentera Islam zaman silam dengan perarakan lain yang diadakan di negara ini termasuk perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan.

Katanya, terdapat juga pertunjukan adu senjata menggunakan tombak, lembing, pedang dalam opera dan upacara budaya serta agama kaum tertentu dalam negara.

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

“Saya melihat berlakunya satu ketakutan melampau terhadap Islam. Lebih malang terdapat sebahagian umat Islam sendiri yang paranoid terhadap peristiwa yang berlaku.

“Walhal Malaysia adalah sebuah negara yang telah banyak menyajikan perarakan serupa saban tahun. Tidak timbul sebarang isu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan perarakan menggunakan simbol keagamaan Islam sebagaimana berlaku di Terengganu, Jumaat lalu amat tidak wajar.

Katanya, perarakan itu menimbulkan pelbagai persepsi dan juga kegelisahan masyarakat.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, fenomena filem Mat Kilau baru-baru ini turut mendorong orang ramai tampil mempamerkan busana Melayu lengkap dengan keris di pinggang di khalayak ramai.

Namun, katanya, reaksi berbeza diberikan apabila Pemuda PAS Terengganu dalam satu perarakan bertema, memperagakan busana pejuang Islam zaman silam dengan berjubah dan berserban serta beberapa prop digunakan sebagai kostum baju besi dan pedang yang diperbuat dari kayu dan peralatan DIY.

“Tiba-tiba meletus ketakutan yang bukan-bukan pada setengah pihak lalu sengaja menjadikan perarakan itu sebagai modal menghentam PAS,” katanya.

Beliau percaya, perkara itu dijadikan isu kerana ia membabitkan pemakaian busana pahlawan dan pejuang Islam zaman silam.

“Kalau pihak lain melakukannya, mungkin mereka akan memuji sebagai menarik, mempamerkan warisan pusaka yang perlu dikenang dan sebagainya.

“Kalau dah paranoid, memang sukar untuk dirawat. Selayaknya mereka melihat lambakan filem aksi ganas sebagai lebih berbahaya dan membentuk minda ganas dalam masyarakat peniru,” katanya.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Harun Esa menjelaskan, perarakan tersebut adalah sebahagian acara tahunan dalam program HIMPIT yang menghimpunkan seluruh jentera pemuda parti di negeri itu yang dianjurkan sejak 1991.

Menurut beliau, sudah menjadi tradisi lapan Pemuda PAS kawasan membawa replika dan tema perarakan masing-masing.

“Ada yang membawa tema sukan, pelantar minyak, wisma Darul Iman bahkan ada yang berkuda pada penganjuran HIMPIT kali ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Harun menegaskan, tiada istilah keganasan dan provokasi dalam program itu, bahkan sangat menarik apabila melihat kreativiti wakil Pemuda PAS kawasan mempamerkan idea masing-masing.

“Ada antara mereka yang memulakan persiapan hampir sebulan semata-mata untuk menyertai program kali ini. Anggota polis trafik juga ada bersama kami membantu mengawal lalu lintas ketika perarakan setiap kontinjen sedang berlangsung dengan aman,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad