web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekatan Komoditi: EU Perlu Lebih Terbuka - Fadillah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 3:51PM

Fadillah berkata sekatan tersebut merupakan satu diskriminasi yang mungkin dilakukan EU untuk melindungi hasil komoditi mereka sendiri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kesatuan Eropah (EU) perlu mengambil sikap lebih terbuka dalam menangani isu sekatan blok itu terhadap kemasukan produk komoditi tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata ini kerana Malaysia dan EU sememangnya mempunyai komitmen sama dalam memastikan aspek kemapanan diambil kira dalam pengeluaran komoditi.

“Komitmen kita dan mereka sama tetapi mungkin pendekatan kita berbeza.

“(Kita harap) EU dapat melihat semula peraturan mereka supaya ambil kira pandangan negara-negara (pengeluar komoditi) seperti negara kita, Indonesia dan Thailand,” katanya selepas menghadiri program Hari Kanser Sedunia peringkat Parlimen Petra Jaya di sini hari ini.

 Fadillah Yusof - Gambar fail
Fadillah Yusof - Gambar fail

Mengulas lanjut, Fadillah berkata sekatan tersebut merupakan satu diskriminasi yang mungkin dilakukan EU untuk melindungi hasil komoditi mereka sendiri.

Katanya syarat berhubung aspek kemapanan juga sudah dilaksanakan Malaysia dan usaha ini akan terus dipertingkatkan.

“Jadi kita harap apa yang telah kita laksanakan diterima pakai dan diiktiraf oleh EU. Itu yang kita nak suarakan kepada mereka,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dikaji semula kerana ia memberikan kerumitan dan cabaran kepada industri minyak sawit.

Semasa sidang media bersama Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier yang sedang dalam rangka lawatan ke negara ini, Anwar berkata Malaysia menghadapi sedikit kesukaran dalam siri rundingan dengan EU untuk membincangkan perkara itu. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar