Berita Terkini

8 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 8 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 8 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 8 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 10 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


Ulama Main Peranan Penting, Jadi Rujukan Kerajaan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 9:32AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Program Liqa’ Perdana Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah Bersama Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria malam tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Ulama memainkan peranan penting dalam sesebuah kerajaan yang dibentuk kerana golongan terbabit menjadi rujukan sebelum sesuatu polisi atau dasar dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis Liqa’ Perdana Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah di kediaman rasmi Sri Satria di sini malam ini, Ahmad Zahid berkata pandangan daripada golongan ulama mampu memastikan hala tuju yang ditentukan dalam polisi atau dasar adalah berpandukan al-Quran dan Sunnah.

“Setiap polisi atau dasar yang akan dilaksanakan mesti dirujuk dengan ulama agar segala usaha yang kita lakukan adalah atas nasihat dan doa ulama...insya-Allah matlamat untuk capai negara sejahtera akan tercapai,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kombinasi jalinan kerjasama antara pemimpin dan ulama dapat memastikan setiap permasalahan yang dihadapi negara dapat diatasi berpandukan ajaran Islam.

Beliau berkata teguran dan nasihat daripada golongan ulama adalah dialu-alukan bagi memastikan kepimpinan negara sentiasa mendapat keberkatan. 

Bagi memperkukuh mekanisme semak dan imbang polisi atau dasar yang diperkenal kerajaan, Ahmad Zahid berkata majlis agama bersama ulama menjadi platform penting untuk membantu kerajaan mencambahkan pelbagai idea ke arah memartabatkan Islam.

Katanya, ulama merupakan obor kepada masyarakat dan berperanan memberi pencerahan dalam semua sudut kehidupan manusia berdasarkan al-Quran, Sunnah, ijmak dan qias.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menasihatkan para ulama agar tidak menyalah guna ayat al-Quran, Hadis, ijmak dan qias untuk mencapai matlamat politik sebaliknya memanfaatkan ilmu berkenaan untuk memperkukuh serta menjaga kesucian Islam.

“Sekiranya kita jaga perkara ini, ada niat yang baik untuk perkuatkan agama kita, insya-Allah, Allah pasti jaga kita. Jangan jadikan agama sebagai tunggangan,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan, yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diwujudkan bagi memastikan setiap lapisan rakyat negara pelbagai kaum dan agama di Malaysia bersatu padu serta saling menghormati walau dalam apa jua situasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

Keputusan Pemilihan UMNO Bukti Sokongan Padu Kepada Kerajaan Perpaduan - Zahid

2

Politik 5 hari yang lalu

Zahid Beri Jaminan Pemilihan UMNO Adil Kepada Semua Calon Bertanding

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN: Dekati Pengundi Dengan Kaedah Digital - Ahmad Zahid

4

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Ahmad Zahid Saran Majikan Bayar Gaji Minimum RM3,000 Kepada Graduan TVET

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 4,000 Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Diselesai

Semasa 1 hari yang lalu

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

oleh Sofian Baharom

Sukan 12 jam yang lalu

Penggusti APAC Sedia Bersaing Dengan Jaguh Dunia Di Jepun Dan AS