web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Belum Terima Notis Rasmi Perintah Sitaan Aset Di Luxembourg - Azalina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 7:11AM

Azalina Othman Said - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia masih belum menerima sebarang notis rasmi berkaitan perintah sitaan aset di Luxembourg oleh kumpulan yang mendakwa sebagai waris kumpulan Sulu terhadap Malaysia dan Petronas.

Oleh sebab itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan ketepatan dan kebenaran perkara itu.

“Jika ia didapati benar, ini bukan kali pertama kumpulan yang mendakwa waris Sulu itu cuba merampas aset Malaysia di Luxembourg, berdasarkan ‘final award’ yang dikeluarkan seorang peguam Sepanyol yang dilantik sebagai penimbang tara, yang telah dibatalkan oleh mahkamah yang sama yang melantiknya, tanpa mendengar hujah Malaysia.

“Sebaliknya, ini satu usaha baharu untuk menyita aset menggunakan perintah pertama yang gagal dilaksanakan sebelum ini, yang baru-baru ini telah ditarik balik oleh mahkamah di Luxembourg,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan Reuters pada Khamis (16 Feb) bertajuk “Aset Petronas di Luxembourg disita semula dalam pertikaian timbang tara AS$15 bilion”, yang menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu terhadap dua unit milik syarikat minyak Petronas dari Malaysia minggu ini, susulan tuntutan daripada waris kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion (AS$1= RM4.42) yang mereka peroleh terhadap Malaysia, menurut peguam waris terbabit serta dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.

Azalina berkata jika laporan itu benar, Malaysia akan terus bersungguh-sungguh mempertahankan haknya di mahkamah bagi memastikan perintah sitaan kedua ini (jika ia wujud) akan ditarik balik juga oleh mahkamah Luxembourg, seperti perintah sebelum ini.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai sekali lagi bahawa kumpulan yang mendakwa sebagai waris Sulu dan peguam mereka, cuba memesongkan kebenaran kepada pihak media seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini di mahkamah,” katanya.

Azalina berkata kes ini merupakan satu skandal timbang tara yang menjejaskan dua institusi asas undang-udang, menghormati undang-udang dan mematuhi perintah mahkamah, dan Malaysia tidak akan berputus asa dalam mempertahankan haknya.

Sebelum ini Petronas menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu itu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) adalah tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan undang-undangnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad