web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Speaker DUN Terkhilaf, Hanya SPR Berhak Isytihar Kerusi Kosong - Harumaini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 7:56PM

Harumaini Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Harumaini Omar menggesa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim untuk menarik semula pengisytiharan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali yang pernah disandangnya sebelum ini.

Menurut mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali itu, Suee Lim tidak berhak membuat pengisytiharan tersebut kerana ia ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

“Malah, berdasarkan beberapa keputusan mahkamah, adalah jelas bahawasanya SPR yang berkuasa mengesahkan kekosongan yang berlaku, bukannya Speaker.

“Hal ini mengambil kira peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 12(3) Akta Pilihanraya 1958 yang menyebut sesuatu kekosongan hendaklah dipenuhi dalam sesuatu pilihan raya kecil (PRK).

“Suatu writ hendaklah dikeluarkan tidak dahulu daripada empat hari dan tidak lewat daripada sepuluh hari dari tarikh kekosongan itu disahkan berlaku oleh SPR,” katanya dalam surat yang dihantar kepada Suee Lim, hari ini.

Ng Suee Lim
Ng Suee Lim

Jelas Harumaini, Speaker telah terkhilaf dari segi fakta atau undang-undang apabila membuat pengiraan tempoh enam bulan bermula dari tarikh 27 Julai 2022 yang merupakan tarikh sidang dewan yang dihadirinya.

“Saya mengesahkan di sini bahawa saya telah hadir sebagai ADUN bagi Mesyuarat Pertama dan Mesyuarat Kedua Dewan pada Mac hingga Ogos tahun lalu.

“Meskipun saya hadir pada 27 Julai 2022, kehadiran saya adalah masih di dalam sidang atau mesyuarat kedua yang sama.

“Oleh itu, Speaker telah terkhilaf apabila membuat pengiraan tempoh enam bulan dari tarikh 27 Julai 2022 kerana ia masih di dalam satu sidang atau mesyuarat yang sama,” katanya.

Justeru, Harumaini yang juga bekas ADUN Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) berkata, beliau memberikan masa tiga hari kepada Suee Lim untuk memberikan respons terhadap permohonannya itu.

Pada masa sama, beliau menyarankan agar hak bersuara di dalam sistem demokrasi di Selangor diberikan secara adil tanpa ada motif peribadi atau agenda politik tertentu dengan tidak meminggirkan hak ADUN dari blok pembangkang dan blok bebas.

“Dengan tempoh DUN Selangor ke-14 yang akan dibubarkan tidak lama lagi, saya juga tidak melihat apa-apa bentuk prejudis jika saya dibenarkan terus berkhidmat sebagai ADUN Batang Kali bagi tempoh penggal terakhir ini,” katanya.

Rafique Rashid
Rafique Rashid

Sementara itu, Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid menggesa Suee Lim menjawab segera isu tersebut bagi mengelakkan ia dijadikan mainan politik semata-mata.

“Rakyat adalah pemegang taruh paling besar dalam demokrasi dan rakyat jugalah berada dalam posisi paling merugikan sekiranya politik terus menjadi mainan pihak tertentu.

“Biarlah Harumaini teruskan menabur khidmat bakti serta jalankan amanah khidmat politik kemasyarakatan dan kebajikan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Harumaini memenangi kerusi DUN Batang Kali di bawah tiket BERSATU dengan majoriti 8,315 undi. – Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar