web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembekuan Akaun BERSATU: Muhyiddin Beri Keterangan Kepada SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 3:36PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu siasatan membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima parti itu.

Menurut laporan New Straits Times (NST), mantan Perdana Menteri itu memberi keterangannya kepada agensi pencegahan rasuah itu di Putrajaya semalam.

Laporan itu turut menyebut, beberapa pemimpin BERSATU yang lain sudah dipanggil SPRM sebelum Muhyiddin memberi keterangannya, semalam.

Sumber berkata, siasatan kes itu mungkin selesai "dalam satu atau dua minggu" sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Azam Baki
Azam Baki

Awal bulan ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan akaun BERSATU dibekukan untuk siasatan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Bagaimanapun, tidak jelas ketika itu akaun parti mana yang dibekukan berkaitan dengannya.

Pembekuan akaun BERSATU berikutan penahanan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta bulan lalu yang disyaki bertindak sebagai 'orang tengah' dalam pengagihan projek di bawah pakej rangsangan dari 2020 hingga 2022.

SPRM juga sudah menyiasat dakwaan RM92.5 bilion dana rangsangan ekonomi yang disalahgunakan semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, minggu lalu, Muhyiddin menafikan satu lagi dakwaan bahawa beliau terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional kepada Iris Corporation Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan menantunya semasa beliau menjadi Perdana Menteri. – The Vibes, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad