web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undang-Undang Pencemaran Air Perlu Diseragamkan - Mei Sze

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 9:09PM

Penambahbaikan katanya, perlu dibuat bagi menangani isu pencemaran, khususnya dari aspek agensi sumber manusia, jentera dan infrastruktur air. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan undang-undang berkaitan pencemaran air perlu diseragam dan diselaraskan di seluruh negara oleh kerajaan perpaduan demi mengelakkan kekeliruan dan pertikaian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkata, ia perlu diberi perhatian agar tidak berlaku sebarang percanggahan melibatkab peraturan dan bidang kuasa agensi penguatkuasa, khususnya isu siasatan yang ketika ini sedang berlaku di lapangan.

Menurut beliau, penyelarasan itu diperlukan bagi memberi penjelasan kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan undang-undang yang wajar digunakan bagi menangani masalah pencemaran air. 

"Lima undang-undang atau kesalahan berkaitan pencemaran air perlu disemak serta diselaras semula iaitu, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Kerajaan Tempatan 1967, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Kanun Keseksaan dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

"Jika ingin undang-undang berkesan, pelaksanaan dan penguatkuasaannya perlu mengelakkan keraguan. Saya dengan rendah diri mencadangkan agar hanya satu akta sahaja digunakan, merangkumi semua kesalahan melibatkan pencemaran sumber air," katanya hari ini. 

Mei Sze yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Sumber Air Selangor berkata, undang-undang serupa berkaitan pencemaran air menerusi akta lain wajar dimansuhkan oleh kerajaan. 

“Kerajaan perlu menaikkan denda dan menguar-uarkan jumlah denda minima agar pelbagai pihak mampu melihat keseriusan pihak berkuasa dalam membanteras pencemaran air. 

"Siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Sumber Air Selangor berkenaan isu pencemaran air mendapati bahawa denda maksima yang dijatuhkan oleh Mahkamah bagi kesalahan pencemaran air adalah hanya RM75,000,” katanya, kesal.

Tegas Mei Sze, jumlah tersebut adalah terlalu rendah memandangkan kesalahan seumpama itu membawa kesan kepada berjuta orang terutamanya apabila loji rawatan air perlu dihenti tugas.

Penambahbaikan katanya, perlu dibuat bagi menangani isu pencemaran, khususnya dari aspek agensi sumber manusia, jentera dan infrastruktur air.

“Saya menyambut baik cadangan daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mahu meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). 

“Ia merupakan langkah positif yang mampu menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil serius dalam menangani isu tersebut,” katanya.

Nik Nazmi ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini memaklumkan, pindaan Akta 655 kini dalam peringkat semakan dan penelitian sebelum diangkat untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, pindaan tersebut dijangka dapat dibentangkan di Parlimen, Jun ini.

Katanya, pindaan melibatkan tiga perkara utama yang bertujuan meningkatkan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang menyebabkan risiko terhadap pencemaran kepada mana-mana alur air ataupun sistem bekalan air. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencemaran Air: Mahkamah Rayuan Beri Pampasan RM100,000 Kepada Syarikat Bekalan Air

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencemaran Di Muka Sauk Jenderam Hilir, LUAS Terus Laksana Pemantauan Susulan

4

Semasa 5 tahun yang lalu

Cakna Keadaan Semasa, Ahli Politik Sedia Ujian Antigen RTK

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 6 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran