web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pastikan Penuhi Standard MPM Untuk Berdaftar Sebagai Doktor Pergigian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 8:30PM

Standard yang ditetapkan oleh MPM dan syarat keperluan minimum boleh diakses melalui laman web MPM - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian di institusi luar negara, perlu memenuhi standard yang ditetapkan Majlis Pergigian Malaysia (MPM), bagi membolehkan mereka berdaftar sebagai doktor pergigian dan menjalankan amalan pergigian.

Yang Dipertua MPM Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata MPM, pada mesyuarat keempat di bawah Akta Pergigian 2018 pada 2 Ogos tahun lepas (2022) telah menetapkan standard tersebut.

“Mengambil kira persediaan ke luar negara yang sedang berjalan, MPM bersetuju agar standard berhubung syarat keperluan minimum ke luar negara adalah terpakai bagi kursus pengajian yang akan bermula 1 Julai 2023 dan seterusnya,” katanya.

Antara standard yang ditetapkan oleh MPM di bawah Seksyen 29 (2) (a) Akta Pergigian 2018 untuk latihan di institusi luar negara termasuklah, syarat kemasukan minimum adalah setara dengan syarat kemasukan tempatan, mod latihan sepenuh masa dan tempoh latihan tidak kurang empat tahun dalam bidang pergigian.

Syarat lain ialah memenuhi modul atau komponen latihan yang ditetapkan; waktu pergigian klinikal secara bersemuka tidak kurang 2,000 jam; serta kelayakan yang membolehkan pelajar berkenaan didaftarkan sebagai doktor pergigian di negara tersebut.

Standard yang ditetapkan oleh MPM  dan syarat keperluan minimum boleh diakses melalui laman web MPM di https://mdc.moh.gov.my/ di bawah pautan ‘Registration’.

Dr Noor Hisham berkata selaras dengan Seksyen 29 (2) (c) pula, graduan luar negara yang ingin mendaftar dengan MPM selepas 31 Disember 2026, dikehendaki menduduki Peperiksaan Kelayakan Profesional sekiranya kelayakan dari luar negara tersebut memenuhi standard yang ditetapkan oleh MPM.

“Keperluan menduduki Peperiksaan Kelayakan Profesional bagi graduan daripada luar negara yang ingin mendaftar dengan MPM sebelum 1 Januari 2027, masih tertakluk kepada senarai ijazah yang tidak diiktiraf sebelum ini di bawah Akta Pergigian 1971,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata mereka yang berminat menceburi profesion sebagai doktor pergigian dan semua pihak yang berkepentingan dimohon untuk sentiasa peka dengan menyemak syarat-syarat dan keperluan terkini melalui laman web rasmi MPM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan