web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Larang Penerbitan 3 Buku Berunsur Lucah, Promosi LGBT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 8:13PM

Tiga buku itu, masing-masing bertajuk ‘The Tale of Steven’ melalui warta kerajaan P.U.(A) 24; 'Jacob’s Room to Choose' (warta kerajaan P.U.(A) 25) dan ‘Aku’ (warta kerajaan P.U.(A) 26) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan larangan terhadap penerbitan tiga buku mengandungi unsur lucah dan tidak bermoral, selain bertentangan nilai murni masyarakat Malaysia.

Tiga buku itu, masing-masing bertajuk ‘The Tale of Steven’ melalui warta kerajaan P.U.(A) 24; 'Jacob’s Room to Choose' (warta kerajaan P.U.(A) 25) dan ‘Aku’ (warta kerajaan P.U.(A) 26).

Menerusi kenyataannya, KDN berkata, semua Warta Perintah Larangan itu adalah bertarikh dan berkuatkuasa 20 Januari 2023.

“Warta Perintah Larangan ini adalah selaras peruntukan di bawah Seksyen 7(1), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012) yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilihan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Kerajaan komited mencegah penyebaran unsur memudaratkan kemoralan dalam kalangan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan negara,” menurut kenyataan itu.

KDN berkata, ketiga-tiga penerbitan buku itu, dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan mungkin memudaratkan moral masyarakat di negara ini.

Jelasnya, kandungan penerbitan bertajuk ‘Aku’ didapati secara jelas mempunyai kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang boleh memberi kesan buruk terhadap akhlak diri, malah bertentangan nilai kesopanan masyarakat Malaysia.

“Dua lagi kandungan penerbitan bertajuk ‘The Tale of Steven’ dan ‘Jacob’s Room to Choose’, didapati mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, bioseksual dan transgender (LGBT) serta dilihat satu bentuk ancaman terhadap nilai murni yang diajar agama dan didukung masyarakat Timur selama ini,” katanya.

Justeru, KDN menegaskan, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012), mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu, apa-apa hasil penerbitan larangan adalah melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, pihak bertanggungjawab boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. - Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad