web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Pembangkang Bukan Kritik Tanpa Fikir, Kita Mahukan Negara Lebih Baik’ – Hamzah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 7:07PM

Hamzah Zainudin berkata, segala perkara tidak dipersetujui pembangkang perlu dilihat sebagai usaha memastikan negara terus berada di landasan betul - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan blok itu tiada niat jahat, di sebalik kritikan dilakukan terhadap kerajaan.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu berkata, segala perkara tidak dipersetujui pembangkang perlu dilihat sebagai usaha memastikan negara terus berada di landasan betul.

“Teguran PN bukan bertujuan mengganggu kerajaan, tetapi untuk memastikan negara diurus dengan baik.

“Kecaman kami bukan disebabkan perbezaan politik (dengan kerajaan) kerana kami bercakap berdasarkan pengiktirafan kepentingan ummah,” katanya pada sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah berkata, menurut kepada titah ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong semalam, perkara itu perlu didengari semua pihak, tanpa mengira parti politik mereka.

“Titah (Agong) bahawa negara yang stabil hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara kerajaan dan pembangkang adalah sesuatu yang boleh dipersetujui semua Ahli Parlimen.

“Kestabilan dalam negara tidak dapat dicapai sekiranya wujud dendam dendam antara pemimpin, terutama apabila mereka bersama dalam kerajaan,” kata Ahli Parlimen Larut itu.

Beliau menambah bahawa pembangkang tidak teragak-agak menyokong keputusan positif pentadbiran pemerintah.

“Jika ada kebaikan daripada kerajaan, kita akan menyokong mereka, insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perikatan Nasional (PN) akan memainkan peranan semak dan imbang di Parlimen sambil menyuarakan kebimbangan rakyat, selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen.

Tambahnya, gabungan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa dan memastikan kerajaan mempunyai integriti serta bebas rasuah.

Mengulas lanjut, Hamzah, berkata Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah baik untuk mengukuhkan hubungan antarabangsanya dengan negara lain.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka, Malaysia tidak boleh mengelak daripada mengekalkan hubungan dengan semua negara di dunia, sama ada besar atau kecil.

“Sebarang kesilapan dalam merancang strategi geopolitik kita akan menyebabkan negara kita rugi dari segi hubungan politik dan sosioekonomi dua hala,” katanya sambil memuji pendirian tegas Anwar mengecam serangan biadab rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Selepas itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meminta Anwar menjelaskan sama ada kenyataan didakwa dibuatnya 10 tahun lalu mengenai menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah relevan hari ini.

Sambil mempersoalkan ketidakhadiran Perdana Menteri di Dewan Rakyat semasa ucapan Hamzah, Wan Fahysal mencadangkan agar Anwar menjelaskan perkara itu sebaik sahaja beliau hadir.

“Masalahnya ialah (Anwar) tiada di sini (dalam Dewan Rakyat), tetapi jika dia masuk nanti, saya ingin minta dia tolong jelaskan kepada Dewan sama ada dia tetap dengan kenyataannya (melindungi Israel) sejak 10 tahun lalu.

“Adakah pendirian itu juga sebahagian daripada dasar luar?” soalnya.

Memberi respons terhadap persoalan itu, Hamzah melabelkan kenyataan terbabit sebagai ‘kisah lama’ kerana Anwar pernah menyatakan akan membela rakyat Palestin dalam perjuangan mereka. – The Vibes, 14 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad