Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rasuah Urus Jenazah: 3 Pembantu Kesihatan Dipenjara, Didenda 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 5:47PM

Ketika rayuan, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak dapat menahan kesedihan dan memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan mereka adalah penanggung utama keluarga - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tiga pembantu perawatan kesihatan (PPK) di Hospital Serdang  masing-masing dipenjara tiga hingga lima bulan serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shah Rizan Yasak, 43; Mohd Riduan Ibrahim, 41, dan Muhamad Yusri Yusof, 36, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan secara berasingan. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM20,000 kepada Mohd Shah Rizan manakala masing-masing RM10,000 dan RM5,000 terhadap Mohd Riduan serta Muhamad Yusri.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan penjara enam bulan terhadap Mohd Shah Rizan, empat bulan (Mohd Riduan) dan tiga bulan (Muhamad Yusri) sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu yang bertugas di Unit Forensik masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM6,250; RM3,550 dan RM1,100, menerusi pemindahan dalam talian dalam akaun bank mereka daripada pemilik sebuah syarikat yang berusia 32 tahun bagi kerja-kerja pengurusan jenazah. 

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di beberapa cawangan bank di Bandar Baru Bangi, Kajang dan Banting, dekat sini antara 18 Mac 2018 dan 7 Ogos 2019

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. 

Sebelum menjatuhkan hukuman, Rozilah turut menasihati ketiga-tiga tertuduh agar insaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan serupa.

"Sebagai PPK di unit forensik yang menguruskan jenazah dan mayat, kerjaya kamu ini sangat mulia. Sepatutnya, kamu jangan bagi cadangan atau peluang (perbuatan rasuah), kamu tegur perbuatan mereka (rasuah) baru ada integriti sebagai penjawat awam.

"Dapat duit (gaji) sedikit, biar berkat, guna fikiran yang Allah bagi untuk menilai baik dan buruk. Apa yang kamu buat ini salah dan harap hukuman ini jadi kifarah kepada kamu," katanya.

Ketika rayuan, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak dapat menahan kesedihan dan memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan mereka adalah penanggung utama keluarga.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Alif Shaharuzaman memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan alasan kepentingan awam melebihi daripada kepentingan kesemua tertuduh selain bagi mencerminkan  tahap keseriusan kes.

Sementara itu, seorang lagi PPK di hospital sama iaitu Hairul Nizam Idris, 39, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menerima rasuah untuk dirinya berjumlah RM1,100 daripada seorang lelaki menerusi pemindahan dalam talian dalam akaun banknya berhubung kerja-kerja serupa di sebuah cawangan bank di Kajang pada 20 dan 23 April 2018. 

Dia dakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bapa tiga anak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Hairul yang diwakili peguam Siti Nurul Jannah Rizali dibenarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM. 

Sebutan semula kes ditetapkan 17 Mac depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Samba 2.0: 15 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih RM2 Juta

3

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Pegawai JIM, 2 Orang Awam Ditahan Bantu Warga Asing Masuk Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Politik 1 hari yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 10 jam yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

oleh Diyana Nawwar