web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Subsidi Tidak Lagi Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah Sahaja - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 4:50PM

Kerajaan akan turut meneliti faktor lain, antaranya perbelanjaan isi rumah dan struktur pendapatan, kos sara hidup, kuasa membeli, demografi serta lokasi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang mengagihkan subsidi secara bersasar tanpa memfokuskan kepada asas pendapatan isi rumah individu semata-mata, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, kerajaan akan turut meneliti faktor lain, antaranya perbelanjaan isi rumah dan struktur pendapatan, kos sara hidup, kuasa membeli, demografi serta lokasi.

“Kerajaan bercadang untuk beraih daripada subsidi menyeluruh yang dilaksanakan sekarang yang (hanya) berdasarkan pendapatan isi rumah, kepada pendekatan lebih bersasar, dengan mempertimbangkan pendapatan boleh guna sesebuah keluarga, selari dengan kos sara hidup di lokaliti tertentu.

“Tanpa mengira pendapatan mereka, sesebuah isi rumah akan diberi bantuan untuk menjalani kehidupan munasabah, berdasarkan maklumat bukan saja pendapatan mereka, bahkan isi rumah dan lokasi,” katanya ketika sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Rafizi berkata, kementeriannya kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Negara untuk mengemaskini kajian berkaitan kumpulan pendapatan di Malaysia, dengan mendapatkan data lengkap yang akan membantu kerajaan melaksanakan matlamat untuk kesejahteraan rakyat.

“Daripada memberi bantuan hanya berdasarkan golongan seperti B40, M40 atau T20 (kumpulan pendapatan), pendekatan baharu itu akan menggunakan data yang mengambil kira isi rumah dan beban ekonomi semasa.

“Proses itu sedang diatur. Sebaik sahaja kita melengkapkan data, ia lebih mudah untuk kerajaan memastikan bantuan sampai kepada mereka memerlukan, sambil mengenal pasti isi rumah yang terdedah kepada keadaan tertentu.

“Kami akan menyegerakan (pendekatan pengagihan bantuan yang disemak semula) dan melihat tempoh pelaksanaannya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan pemberian insentif terhadap majikan yang menggalakkan waktu kerja fleksibel kepada pekerja yang menjaga ahli keluarga.

“Kerajaan mahu memastikan sektor kerja lebih terbuka untuk menerima pekerja bertanggungjawab menjaga keluarga yang boleh menjadi tugas sepenuh atau separuh masa.

“Majikan harus lebih terbuka supaya produktiviti pekerja ini tidak terjejas dan mereka terus menyumbang kepada ekonomi,” katanya sambil menambah bahawa jaringan keselamatan sosial untuk penjaga sepenuh masa juga akan diubah kepada lebih komprehensif. - Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam