web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beri Sokongan Moral Kepada Erdogan, Anwar Berlepas Ke Turkiye Malam Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 4:11PM

Anwar Ibrahim dijadual berlepas ke Turkiye malam ini, bagi memberikan sokongan moral kepada Presiden, Recep Tayyip Erdogan dan rakyatnya, susulan gempa bumi yang melanda negara berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berlepas ke Turkiye malam ini, bagi memberikan sokongan moral kepada Presiden, Recep Tayyip Erdogan dan rakyatnya, susulan gempa bumi yang melanda negara berkenaan.

Mengesahkan perkara itu, Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut diambil bagi memberi semangat kepada Erdogan yang dilihat begitu terkesan dengan bencana terbabit.

“Iya, saya dah buat keputusan kerana rayuan daripada Presiden (Erdogan) dan saya bila kali kedua berucap menyampaikan pesan nampak dia terlalu terkesan.

“Jadi saya ingat sahabat-sahabat harus ada untuk berikan semangat dan bukannya kepada beliau sebagai Presiden, tetapi juga kepada rakyat walaupun kita tidak boleh buat apa-apa,” katanya ketika ditanya selepas sidang Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, pada mulanya beliau enggan ke Turkiye, memandangkan Malaysia sudah menghantar bantuan, iaitu menerusi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pasukan perubatan ke negara berkenaan.

“Tetapi saya lihat kesan kepada Presiden dan kepimpinan itu dia rasa sabahat-sahabat harus bersama.

“Jadi saya akan pergi bersama Menteri Luar Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas),” katanya.

Jelas Anwar, beliau dijadual berangkat ke Turkiye malam ini dan kemudian akan bergegas pulang semula ke tanah air petang esok, bagi menghadiri mesyuarat serta beberapa pertemuan yang sudah ditetapkan.

“Pertamanya, urusan Parlimen perlu bersidang dan keduanya, beberapa pertemuan yang dibuat sukar saya pinda. Mesyuarat Majlis Kemajuan Umat Islam dan sebagainya.

“Maknanya sebelum pagi Khamis saya sampai (ke tanah air),” katanya.

Terdahulu, ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Persidangan Parlimen, Anwar memaklumkan beliau dihubungi dua kali oleh Erdogan yang meminta dirinya ke Turkiye.

“Saya pertimbangkan akan terbang ke sana malam ini untuk memberi sokongan moral, saya sudah diminta Presiden untuk segera ke sana,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, gempa bumi bermagnitud 7.8 pada skala Richter melanda kawasan selatan Turkiye yang turut menggegarkan Syria.

Sehingga semalam, dilaporkan bilangan kematian di Turkiye mencecah 31,643 orang dan 106,428 cedera, manakala di Syria, 5,329 maut serta 14,500 mengalami kecederaan. - Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam