web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Janji Kahwin Sebelum PRU-16, Idris Doa Jodoh Syed Saddiq Dipermudah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 9:31PM

Idris Ahmad dan Syed Saddiq Abd Rahman - Gambar Facebook Idris Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abd Rahman dipercayai bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Berkongsikan berita gembira itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad berkata, perkara tersebut dijanjikan sendiri oleh Ahli Parlimen Muar berkenaan dalam pertemuan mereka selepas pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Parlimen di sini, hari ini.

Menurutnya, respons berkenaan diberikan Syed Saddiq selepas beliau mengajukan soalan tersebut secara spontan.

“Tadi sempat berjumpa dengan YB (Yang Berhormat) Muar selepas perasmian (penggal kedua Parlimen) oleh YDPA (Yang di-Pertuan Agong).

“Bila saya tanya bila hendak kahwin, saya kata jejaka hensem (tampan) mesti kahwin cepat. Dia janji dengan saya, sebelum PRU-16 dia akan kahwin. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan YB Syed untuk mendapat jodoh,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Idris, pertanyaan itu adalah soalan cepu emasnya jika bertemu dan bertegur sapa dengan golongan belia.

“Soalan yang semua orang ada jawapannya. Cuma cepat dengan lambat aja,” katanya.

Idris yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, beliau mengenali Syed Saddiq sebaik bergelar Ahli Parlimen, bermula pada 2013 hingga 2018.

Menurutnya, Syed Saddiq ketika itu datang ke pejabatnya di bangunan Parlimen selepas menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Apabila orang hormat saya sekali, 10 kali saya hormat orang tersebut. Perbezaan parti, bangsa dan agama bukan halangan untuk saya bermesra dengan sesiapa pun,” katanya.

Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini hingga 30 Mac dengan sesi perbahasan Titah Diraja berlangsung selama lima hari bermula esok, sebelum penggulungan perbahasan oleh barisan Jemaah Menteri pada 22 dan 23 Februari ini. - Getaran, 13 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

4

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi