web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Bukan Lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM - Nurul Izzah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2023 4:20PM

Nurul Izzah Anwar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar memaklumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau kini menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, selepas dipelawa pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Mohd Hassan Marican bagi membantu usaha pasukannya dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

“Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga anak sulung Anwar berkata, beliau amat menghargai setiap peluang menyumbang kepada negara, demi melakar masa depan lebih baik untuk Malaysia.

Katanya, rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan cemerlang dan penyatuan utuh dipimpin Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan.

Justeru, beliau berharap penyertaannya untuk berkhidmat bersama pasukan sekretariat jawatankuasa itu, mampu memberi manfaat kepada negara.

“Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dukungan diberikan, baik daripada orang ramai atau seluruh pasukan perkhidmatan awam serta komuniti kerajaan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh Jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita,” katanya.

Mohd Hassan hari ini memaklumkan, jawatankuasa itu menubuhkan sekretariat yang diketuai bersama Nurul Izzah dan Pengurus Kanan Petronas, Khairil Anuar Ramli, bagi menyokong operasinya.

Katanya, kedua-dua individu itu dijemput untuk memegang peranan terbabit menerusi keputusan dibuat, susulan mesyuarat sulung jawatankuasa berkenaan Jumaat lalu.

“Sekretariat (ditubuh) untuk menyokong operasi jawatankuasa penasihat yang dibentuk dan bertempat di Menara Berkembar Petronas.

“Mesyuarat itu dihadiri beberapa ahli jawatankuasa penasihat, iaitu Pengerusi Sarawak Energy Bhd, Amar Abdul Hamed Sepawi; Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd; Datuk Ahmad Fuad Md Ali serta Datuk Rajah Rasiah, Profesor Ekonomi di Institut Asia Eropah Universiti Malaya dan Universiti Sunway Sekolah Perniagaan, Yeah Kim Leng,” katanya.

Hassan berkata, peranan utama jawatankuasa itu adalah menasihati Menteri Kewangan mengenai kaedah untuk meningkatkan asas hasil negara dan mengurangkan perbelanjaan mengurus.

Jawatankuasa itu juga, katanya, akan menasihati Menteri Kewangan mengenai perkara berkaitan dengan subsidi, termasuk mengkaji dan menyusun semula subsidi sedia ada.

“Ia juga bagi menasihati Menteri Kewangan mengenai penyediaan perlindungan sosial lebih holistik; perkara berkaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk menentukan kaitannya dalam konteks semasa dan menyatukannya di mana sesuai, selain perkara berkaitan hutang negara serta tadbir urus yang baik.

“Jawatankuasa penasihat akan melapor terus kepada Menteri Kewangan, dan bermesyuarat sekerap mungkin bergantung kepada keperluan,” tambahnya.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan lima pakar ke badan penasihat khas yang akan membantu beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.

Kesemua ahli badan baharu itu, jelasnya, terdiri daripada golongan profesional dan pakar dalam bidang ekonomi.

Mereka, katanya, tidak akan menerima bayaran daripada kerajaan untuk kerja mereka semasa berkhidmat di badan itu.

Sebelum ini, pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri mencetuskan kritikan dengan beberapa pihak mendakwa ia seolah-olah wujud nepotisme.

Kritikan terhadap Anwar itu turut menyebut walaupun pelantikan untuk tugasan profesional terbabit dibuat secara sukarela tanpa bayaran, ia boleh memberikan imej buruk terhadap kerajaan dan mendedahkannya kepada serangan pembangkang.

Bagaimanapun, Anwar mempertahankan pelantikan berkenaan dengan menegaskan selain tidak mendapat sebarang elaun, anaknya itu memiliki ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat (AS). - Getaran, 12 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

2

Politik 3 tahun yang lalu

Tanding PRN Pulau Pinang? Ini Respons Nurul Izzah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Nurul Izzah Sepatutnya Lapor Tugasan Kepada Ketua Penasihat Kewangan, Bukannya Anwar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Elak Ulangi Amalan Nepotisme Pada Masa Depan – Rafizi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja