web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elak Ulangi Amalan Nepotisme Pada Masa Depan – Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 11:13AM

Rafizi Ramli menasihati kerajaan supaya mengelak tindakan yang boleh dianggap sebagai amalan nepotistik pada masa depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PANDAN INDAH - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menasihati kerajaan supaya mengelak tindakan yang boleh dianggap sebagai amalan nepotistik pada masa depan.

Melabelkan nepotisme sebagai "sesuatu yang harus dielakkan oleh mana-mana kerajaan," Rafizi berkata, beliau bersimpati dengan mereka yang menentang pelantikan yang kononnya didorong oleh amalan itu.

“Saya faham kenapa orang ramai tidak menyokong pelantikan seperti itu. Ini pandangan rakyat dan kami menghormatinya,” katanya kepada pemberita selepas hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pandah Indah, malam tadi.

Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi mengulas mengenai pelantikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menyebut pelantikan Mohammed Iqbal Johari sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada bapanya yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

“Ini (nepotisme) adalah perkara yang harus dielakkan oleh mana-mana kerajaan, tetapi dalam kes Nurul Izzah dan Iqbal, pelantikan mereka sudah pun dibuat tanpa melibatkan wang rakyat,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua mereka kini menanggung beban untuk membuktikan diri mereka layak untuk jawatan tersebut.

“Nurul Izzah dan Iqbal perlulah buktikan mereka membawa nilai tambah.

“Saya yakin mereka ada peranan masing-masing,” katanya.

Sebelum ini pelbagai pihak terutama pembangkang mempertikaikan pelantikan Nurul Izzah ke jawatan itu dan mengaitkannya dengan amalan nepotisme. 

Johari pula menjadi sasaran kritikan apabila mahu melantik Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada beliau di Dewan Rakyat. – The Vibes, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik